Monday 12 March 2018

Cara asah pisau hingga tajam

Pisau tumpul memang buat kita "tension". Apalagi kalau nak cepat memotong tiba-tiba pisau pulak tumpul, yang nak dipotong tak putus-putus. Kalau ada batu asah dan pandai mengasah okaylah tapi kalau tak pandai asah, pisau jadi lagi tumpul, bukannya makin tajam. Dulu aku pun tak pandai mengasah pisau guna batu asah tapi ada sekali tu aku tertengok video cara-cara mengasah pisau yang betul. Semenjak itu aku jadi pandai asah pisau sehingga jadi cukup tajam. Apa yang penting, asah pisau guna batu asah kena tahu caranya. Kalau tahu cara, semua jadi mudah. Kalau hampa nak tengok video yang aku maksudkan tadi tu silalah buka link ini https://www.facebook.com/petuarawatanmujarab/videos/1401999323180488/. Video ini bagi penerangan yang jelas kenapa pisau tak tajam walaupun setelah diasah. 

Kalau ikut pemahaman aku, pisau yang diasah tak tajam disebabkan dua perkara. Satu, sudut kita asah pisau ke batu asah tidak betul dan kedua setelah kita asah pisau, kita tak buang baki besi di mata pisau yang dipanggil "burr". Hampa nak tengok rupa "burr" ni aku tunjukkan kat bawah;

Nampak tak lebihan besi kat mata pisau tu. Itulah yang dinamakan "burr"

Sudut mata pisau masa kita asah pisau ke permukaan batu asah biasanya berada dalam kedudukan senget lebih kurang 10 ke 20 darjah bergantung kepada ketebalan pisau atau parang. Kalau pisau yang nipis, disengetkan dalam sudut 10 ke 15 darjah sudah mencukupi. Kalau parang yang tebal mungkin perlu sudut 15 ke 20 darjah. Macam mana pun cara mengasah pisau yang pentingnya selepas asah, "burr" pada mata pisau tu mestilah dibuang. Caranya ialah dengan mengasah perlahan-lahan kepada bahagian batu asah yang halus. Ada juga yang menggunakan kertas pasir. Tapi kalau pisau dapur tak praktikal pulak la pakai kertas pasir. Mana ada simpan kertas pasir kat dapur. Kalau kat bengkel ada la....kan :)

Di bawah ini ada satu video seorang pakcik ajar cara asah pisau. Katanya "burr'' terjadi kerana masa asah pisau tu mungkin kita tekan kuat. Pakcik tu kata condongkan kedudukan pisau semasa diasah. Condong atau senget inilah yang saya maksudkan tadi iaitu dalam lingkungan 10 hingga 20 darjah. Tapi sebenarnya asah pisau ni boleh buat macam-macam cara cuma yang penting hasil pada akhirnya ialah ketajaman pisau.


Aku paling frust bila nak bakar ikan keli. Biasanya aku kelar dulu ikan keli tersebut supaya mudah masak apabila dibakar tapi  disebabkan guna pisau yang tumpul, kerja mengelar tu jadi susah, macam ikan keli tu ada ilmu kebal pulak......tak lut. Hampa pernah merasakannya kan....tension betul.

No comments:

Post a Comment