Wednesday 16 August 2017

Cermin sisi kereta autoflip rosak. Repair atau tukar baru?

Jadi kat kereta aku semalam. Cermin sisi auto flip sebelah kanan tak bergerak bila aku tekan suis auto flip sedangkan bunyi motornya kedengaran. Motor tu pulak bunyi terus terusan tak berhenti. Aku tahu, kereta aku ni nak makan duit la tu.....ish..ish..ish sedeh sedeh. Dah rosak, apa lagi pi la cari kedai pomen. Biasanya benda macam ni pomen tak buat. Kena cari kedai accessories kereta. Aku pi la satu kedai yang biasa aku kunjungi. Tanya tauke, kata dia benda ni tak boleh buat atau repair. Kena tukar seketul. Aku tanya harga berapa. Katanya kalau cermin sisi jenis kereta aku ni dalam RM500 kot. Mak aiiii mahalnya. Temenung eden sekejap. Kalau tukar baru nak kena cat lagi sebab yang baru color hitam. Nak cat kena tambah kos lagi. Aku cakap kat tauke tu tunggu dulu sebab aku nak tengok kat kedai potong kut-kut dapat harga murah sikit. 

Lepas tu aku pi tanya dua tiga kedai accessories kereta yang lain. Jawapannya sama jugak. Maksudnya memang betullah kena tukar seketul. Tak ada pilihan. Balik rumah aku google manalah tau jika ada alternatif lain yang lebih murah. Google punya google dapatlah info macam gambar kat bawah ni;

Cari kat mudah.my
Repair sahaja, bukan tukar baru. Repair pun kena RM180. Letih la lagu ni. Kalau kena dua-dua side mau melayang RM360.

Sama ada gear patah atau motor rosak.

Kes kereta aku ni rasanya gear patah sebab bunyi motor running non stop. Walaupun agak mahal nak repair tapi kira nasib baik lagi sebab motor masih okay, cuma gear yang rosak.

Harga untuk gear sahaja. Kalau motor yang rosak, kos repairnya RM280.
Harga RM180 tu belum tentu lagi harga final. Biasalah kalau pi repair kereta, macam-macam benda depa kata rosak dan nak kena repair. Bunga-bunga nak kena tambah duit tu dah ada pasal dia kata harga start daripada RM180 onward. Tu kira dia bagi hint la....hehe.

Fikir punya fikir teringat pulak aku pernah repair power window kat satu kedai accessories kereta di Kepong pada tahun lepas. Check handfon tengok nombor telefon kedai tu ada lagi aku simpan. Try call. Lepas aku cerita auto flip kereta aku rosak dia pun cakap bawa mai kedai dia. Boleh repair. Harga siap pasang dan upah RM150. Aku pun apa tunggu lagi terus pi Kepong. Lega, pasal dekat dgn rumah dan harga pun kurang sikit daripada yang kat mudah.my. 

Cover pintu kena buka
Side mirror dah ditanggalkan
Inilah dia gear yang rosak tu.
Benda yang rosak tu hanyalah gear plastik. Lebih kurang diameter macam jadi kelingking. Benda macam ni pun kena sampai RM150........naya sungguh. Tapi nak buat lagu mana. Kena la tukar jugak. Ni pun kira murah lagi berbanding dengan yang lain. Repair benda alah ni sat je. Tak sampai setengah jam dah selesai. Kalau hampa pandai buat sendiri elok la buat sendiri. Alat yang digunakan pun cuma screwdriver. Gear tu boleh beli kat kedai spare part. Kalau tak pun, buka dulu lepas tu bawa gear yang pecah tu sebagai contoh dan pi cari kat kedai hardware. Kalau buat sendiri, aku rasa modal silap-silap tak sampai RM10.

Dah siap dan dah parking kat rumah.
Manalah tahu kut benda ni jadi kat hampa, boleh la hampa repair sendiri. Autoflip side mirror ni jenama kereta apa pun lebih kurang sama je. Tapi kalau hampa nak cari kedai accessories kereta yang boleh repair benda ni hampa kenalah pusing-pusing mencari sebab banyak kedai yang tak boleh repair. Kalau cari kat internet boleh jugak cuma mungkin jauh sikit nak pi. Aku tengok kat mudah.my, ada yang charge hanya RM115 untuk repair autoflip yang rosak tu cuma tempatnya kat Bandar Tasik Selatan. Malas pulak aku nak pi sebab harga RM115 tu belum tentu final. Silap-silap pi sana kena ketuk.....haha. Mengkalau hampa nak pi buat kat kedai accessories kereta yang aku buat tu, ni aku bagi tau lokasi dia.

Kedai ni kat Kepong
Inilah rupa kedai accessories kereta tu.
Mengkalau tak jumpa, hampa call hp tauke dia
Cermin sisi autoflip kereta jenis apa pun dia boleh repair. Myvi, Kia, Merc, BMW, Hyundai, Toyota, Honda, Proton, Volvo....semua dia boleh buat. Yang penting hampa sediakan RM je......haha.

21 comments:

  1. Bagus info. Ada phone no/alamat kedai repair di tasek selatan. Dekat dgn rumah sy ni. Cari di mudah tak jumpa lak. Tkasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area rumah tuan di tasek selatan saya tak pasti di mana blh repair cuma kalau tuan rajin carilah kedai accessories kereta area sana dan tanya mereka. kena siap sedia sebab biasanya kedai accessories kereta ni potong leher kuat. tanya dua tiga kedai dulu dan buat perbandingan. harus diingat, tak semua kedai accessories kereta blh repair benda ni.

      Delete
  2. Adeh terkena kat sy harini. Google2 sebab ape terjumpe post encik ni. Tanye kedai, die soh cari kat mudah. Sbb harga mmg mahal.

    ReplyDelete
  3. binatang plastik kecik tu ja caj sampai 150? adoiiii...nak try cari tgk gigi tu kat mana2 hardware buat sendiri lg sng

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha....elok buat sendirilah. Kat hardware ada jual rasanya benda alah tu. Boleh cari panduan mcm mana nak buat kat youtube. Semoga berjaya.

      Delete
  4. saya kena mingu lepas. Side mirror honda accord sebelah kiri xnak bukak. g kedai accessories area Puncak Jalil kena ketuk RM280, tukar gear dgn motor. kopakkk kopakkk...

    ReplyDelete
  5. Saya punya kreta honda side mirror blah kiri tak dapat flip dan bunyi dia tak henti2. Rasanya masalah gear jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya mmg confirm masalah gear. sama mcm masalah kereta saya

      Delete
  6. nak tnya. kalau motor asyik pusing tak henti bbetri keta blh abis ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh abis. kalau tak nak repair dulu boleh cabut kabel kat kepala bateri tu.

      Delete
    2. Tuan, Boleh tunjukkan tak kabel yang mana ye?

      Delete
    3. kabel yg saya maksudkan ialah kabel kat kepala bateri yg positif (+) dan negatif tu (-). cabut satu sama ada yg positif atau yg negatif. utk kes saya dulu, cermin sisi tu running tak berhenti walaupun enjin saya dah matikan. jadi utk atasi masalah trsbt saya cabut kabel pada bateri bila enjin dah dimatikan utk putuskan bekalan kuasa. kalau nk hidupkan enjin kena pasang semula kabel tu. ini hanya penyelesaian sementara shj. ujungnya kena betulkan juga gear yg rosak.

      Delete
  7. Wira saya cermin x boleh nak adjust kiri kanan.Dua-dua bahagian sama

    ReplyDelete
  8. Saya kena ari ni mazda cx5.. kat mazda nak tukar seketul jugak... Tak tau la kedai mana boleh buat kat kedah ni... Stress la walaupun belah kiri ja susah drive ujan2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari kedai accessories. In Shaa Allah biasanya depa ni ada buat.

      Delete
  9. Saya punya honda city, dua2 side mirror tak boleh buka. Aircond pon tak berfungsi. Jadi serentak lepas habis beli barang kat kedai. Lain2 semua berfungsi. Ada masalah gear atau fuse ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berani nak cakap apa masalah dgn kereta tuan. elok tuan bawa kedai wiring check dulu

      Delete
  10. Side mirror honda city saya sama jugaa macam tu, tak boleh buka dua dua belah ,bila kunci dia tak terlipat , kenapa ya ? Masalah gear juga ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa kalau dua2 belah tak boleh buka besar kemungkinan bukan masalah motor. jarang motor boleh rosak dua2 sekali. kena check dengan mekanik untuk kepastian.

      Delete
  11. Saya kena ptg tadi.. side mirror mazda cx5 saya belah kiri buka separuh je.. esok nak cuba tanya kat kedai accessories.. Terima kasih atas info tuan..

    ReplyDelete