Tuesday 28 March 2017

Ini dia tempat untuk beli buah-buahan dengan harga yang agak murah.

Hampa sebut saja buah apa. Boleh kata semua ada cuma buah-buahan yang bermusim tu bergantung kepada musimnyalah. Mangga, tembikai, tembikai susu, rock melon, buah naga, buah kedondong, nenas, pisang tempatan dan import, nangka, kundang, markisa, anggur, limau tambun, limau sunkist, kelapa muda, epal, plum, betik, manggis, durian, rambutan, longan, laici dan macam-macam lagilah. Pendek kata semua ada. Tapi kalau bukan musim memang tak adalah. Itu saja pengecualiannya. Itu aku cerita secara am sahaja. Kalau nak perincikan jenuh jugak la. Macam buah mangga, ada macam-macam jenis mangga. Yang paling aku suka mangga dragon. Yang ini manisnya huiiii mak aii memang best. Kalau nak manis lagi kena peramkan sampai ranum. Bila cukup ranum, makan sebiji tak puas. Tappi.....ada tapinya jugak hehe......harga dia mahal. Kalau beli kat tempat yang murah ni sekilo harga dia RM10. Itu untuk yang saiz biasa. Untuk yang bersaiz besar harganya sekilo RM15. Yang besar boleh mencapai 1 kilo lebih sebiji. Selain dari mangga dragon, ada mangga lily, falan, susu dan lain-lain.

Inilah rupa mangga Dragon. Rasanya memang manis. 6 biji ni beratnya 2 kg.
Baru-baru ni aku ternampak buah kundang. Ada tempat panggil buah menia atau ramunia. Dulu dekat-dekat dengan rumah aku masa duk Gunung Semanggol ada sepohohon pokok kundang yang sangat besar dan rendang. Kalau musim berbuah banyaklah monyet-monyet datang bertandang. Aku selalu kutip buah kudang yang masak ranum jatuh ke tanah bila dahan bergoyang di panjat monyet. Aku suka buah ni. Hari tu aku ingat nak beli barang sekilo. Sekali tanya, harganya sekilo RM30. Tak jadi aku nak beli. Mak aii mahal betul harga buah kundang sekarang ni. Lepas tu aku survey tempat lain, paling bawah boleh dapat RM20 sekilo itu pun saiznya sedikit kecil. Terlupa nak ambil gambar. Jadi tak dapatlah nak upload gambar buah kundang kat sini.

Nyiok muda aku selalu beli kat sini. Sebiji RM2.50
Salah satu kedai buah kat kawasan ini. Aku rasa mungkin ada sampai 30 kedai buah di kawasan ini.
Macam-macam buah ada. Perut lapar jangan mai sini. Nanti hampa borong ikut nafsu.
Berbagai jenis mangga.
Limau Bali @ Limau Tambun.

Yang kuning tu Mangga Lily. Color kuning tapi sebenarnya belum masak lagi. Nak yang masak cari yang lembut.
Buah Kedondong dan keladi.
Tembikai merah.
Limau Kasturi.
Kelapa Pandan.
Durian. La ni mahai sungguh.
Buah Naga.
Mangga Lily. Nampak tak colornya kuning tapi isinya keras lagi. Peram lagi 3-4 hari baru masak.
Jambu Batu.
Nenas untuk buat sayur.
Pisang.
Nangka. Ada berbagai jenis - madu, tempatan, sime darby. Paling best madu sebab reganya pun best haha.
Pendek kata kalau hampa mai sini, carilah buah apa pun yang berkenan di hati In Sha Allah jumpa. Kedai-kedai buah kat sini jual buah cara borong tapi kalau kita nak beli dalam kuantiti kecil sekilo dua depa tetap jual jugak. Buah-buahan import biasanya depa simpan dalam bilik sejuk. Peniaga buah-buahan dan peniaga pasar malam biasa ambil bekalan di sini. Depa dapat harga yang lebih murah sebab depa beli dalam kuantiti yang banyak.

Okay, dah jenuh cerita jom la aku bagi tau kat mana tempatnya. Kalau hampa ada waze type saja Pasar Borong Kuala Lumpur. Hampa ikut jalan yang ditunjukkan oleh waze tu tapi jangan la sampai masuk ke dalam kawasan pasar borong. Nak masuk ke dalam kawasan pasar borong ada pondok tol. Hampa tak payah la pi sampai dalam tu walaupun kat dalam tu ada jugak kedai buah-buahan borong. Kat kawasan luar pun banyak. Hampa pilih la mana kedai yang hampa suka. Harga lebih kurang je. Tempat ni nama dia yang lebih tepat ialah Pusat Bandar Utara. Walaupun dekat benar dengan Selayang tapi kawasan ini adalah dalam wilayah Kuala Lumpur. Banyak bank kat sini. Kampung orang Myanmar pun ya jugak. Myanmar muslim. Ramai sungguh orang depa kat sini.

Pusat Bandar Utara dekat bulatan Batu Caves.
















Lokasi kedai buah-buahan ialah sepanjang jalan yang ada titik biru

Titik-titik biru itu adalah Jalan 6/3A & Jalan 2/3A. Sepanjang jalan tersebut ada kedai buah-buahan.

Ini ialah Jalan 6/3A.
Peta-peta di atas hampa boleh zoom untuk nampak lebih jelas. Ada juga kedai buah-buahan di jalan selain Jalan 6/3A dan Jalan 2/3A tapi tak banyak macam yang ada di kedua-dua jalan ini. Selain dari buah-buahan hampa boleh juga borong bawang dan kentang. Lalu Jalan 6/3A mesti hampa boleh nampak kedai jual bawang dan kentang.

Jalan 2/3A. Tingkat bawah sepanjang jalan ini adalah kedai buah-buahan. Hujung jalan ni ada bank cap kepala rimau.


Jalan 6/3A. Tingkat bawah kedai tu boleh dikatakan semuanya kedai buah-buahan.
Kalau nak kenduri atau buat open house elok la hampa cari buah kat sini. Memang tidak menghampakan. Kalau hampa rajin boleh la masuk ke dalam kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur. boleh beli sayur atau makanan laut tetapi kuantiti sikit depa tak jual. Kurang-kurang kena beli 5kg. Kalau dalam kawasan pasar borong hampa boleh beli sayur pada bila-bila masa. Ikan hanya dijual mula pukul 1 pagi sampai pukul 7 pagi. Pukul 7 pagi tu pun dah banyak yang tutup kedai. Ada tinggal satu dua kedai ikan sahaja lagi yang buka. Paling cantik last call pukul 6 pagi. Kalau hampa nak beli ikan jangan datang awal, pukul 1 pagi masa pasar baru buka. Masa tu harga mahal. Datang lewat sikit dalam pukul 5.30 pagi macam tu. Harga murah sikit sebab peniaga nak clearkan stok.

42 comments:

  1. Memang dah lama cari maklumat ni.. terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Salam. Kedai buah tu buka jam berapa hingga berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, minta maaf lambat reply. balik cuti ke kampung:).
      Kebanyakkan kedai buah dibuka dari pukul 4-5 pagi sehinggalah pukul 12-1 tgh hari. sebelah petang hingga malam masih ada kedai buah yang dibuka malahan yg buka 24 jam pun ada cuma tak banyak pilihan kedainya. kalau nak banyak pilihan datanglah pagi sebelum pukul 12-1 tgh hari, waktu ini boleh kata semua kedai buka. harap membantu. tq

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
    3. Bos ada buah borong jual tak? Nk beli buat jual

      Delete
  3. Saya cari pembeli asam potong/asam gelugur di malaysia, mohon infonya, hubungi saya 081331670516, mukhlis dari Medan Sumatera utara Indonesia


    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya tuan jual/pembekal asam gelugur?

      Delete
    2. AsssAssalamuala...berapa harga

      Delete
  4. sy pembekal nenas MD2.kalau ada yang berminat boleh contact no 01110563484

    ReplyDelete
  5. Salam, saya mencari pembekal mangga lemak muda, saya stay sekitar subang bestari u5. anggaran buah diperlukan 30kg utk 2-3 hari sekali ambil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pembekal mangga muda.. masih berminat ke untuk membeli?

      Delete
    2. Saya pembekal mangga muda.. masih berminat ke untuk membeli?

      Delete
    3. Saya pembekal mangga muda.. masih berminat ke untuk membeli?

      Delete
    4. Saya pembekal mangga muda.. masih berminat ke untuk membeli?

      Delete
    5. Pn Yuna, boleh bg contact x?

      Delete
  6. Sy brrminat dan bethajat utk
    Bh nrmas md2 bolehla pm sy aka. Angkat kuatiti. Bykk t

    ReplyDelete
  7. Salam dan tumpang lalu dalm blog ini..sesiapa yang berminat nak beli buah makisar sekitar daerah batu pahat, johor..sila hubungi watshapp saya 0177952728..terima kasih..

    ReplyDelete

    ReplyDelete
  8. Saya membekalkan.mempelam sala..yg berminat wassap 0174368953

    ReplyDelete
  9. saya membekal nenas md2 untuk pasaran borong sekitar kawasan selangor & lembah klang contact info 0173009391.

    ReplyDelete
  10. Saya mencari mangga lemak manis..area kl ..cll 0183702653

    ReplyDelete
  11. Saya ade nk jual nenas MD2..saya ade stock lebih kurang 10 000 kg - 20 000 kg setiap bulan..jdi saya mencari buyer borong..nenas MD2 ni manis n tak sama dngan nenas yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara blh tinggalkan contact no di sini senang kalau pembaca nak contact

      Delete
  12. Sy mencari stok mangga falan muda dan lemak manis muda...0143837474

    ReplyDelete
  13. Sy pun cari mangga lemak manis & falan muda utk asam boi K.area kl n s. Alam. Kalau ada blh wassap sy 0133033413

    ReplyDelete
  14. kedai ni ada no contact tak???

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaf tuan, saya tak ada contact no kedai buah-buahan tersebut

      Delete
  15. Kami satu-satunya pengeluar Madu Pulut Asli. Nak order direct (minimum 2 dozen pun boleh), boleh contact : 01111 788 677.
    Kami juga buat cupcakes & kek signature kami, rendang hijau, terutup ayam merah pedas, spaghetti fusion Asian, lauk udang sweet sour pedas, utk majlis, event, kenduri & doorgifts korporat.
    Kami juga mencari pembekal Nangka SEGAR (jackfruit), yg digunakan utk lauk masakan / sayur yg murah. Kalau sedap & harga murah dari Pahang, Johor & Alor Setar, inshaAllah, akan borong untuk setiap 3 bulan. Nak cari pembekal yang siap kupas semua isi, bersihkan dan pack dalam plastik (tanpa angin). Mohon contact jika ada pilihan-pilihan. Kami sedang survey yang terbaik, kualiti & harga terbaik. TQ.

    ReplyDelete
  16. Mencari pembekal tembikai tanpa biji utk buat tembikai jus. Size yg kecil dan memanjang. Utk buat Jus dlm buah tembikai tanpa belah tembikai, cuma tebuk sahaja utk mesin pengancur masuk kedalam buah. 0173104122

    ReplyDelete
  17. Sy mencari pembekal jambu batu muar dan lain tempat pon boleh asalkan jambu batu..harga berpatutan..boleh hubungi sy 01111905537

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. kalau tengah musim laici mmg ada tapi sekarang ni rasanya bukan musimnya. saya tak nampak pulak ada laici kat tmpat ni buat masa sekarang. longan adalah

      Delete
  19. Saya nk cari buah naga borong call 0176574756 saya ady

    ReplyDelete
  20. Sapa ada buah naga nk borong 0176574756

    ReplyDelete
  21. Contact 0169188385 untuk madu tualang & kelulut asli :)

    ReplyDelete
  22. Saya nk cri pelbagai jenis buahan ..bru bukak kedai sejak pkp ni..x tau nk cri supplier kt mne...boleh wtsdup sya 0137888218

    ReplyDelete
  23. saya mencari buah cempedak nak borong . untuk jual goreng . call saya 0173356796 . whatsapp saya 0187662924 . tq

    ReplyDelete
  24. Boleh saya dapt kn no fon bos??

    ReplyDelete
  25. Saya mencari buah Mango ada kah

    ReplyDelete
  26. assalamualaikum.. Saya pemborong buah2an. Berhajat untuk membantu bagi sesiapa yang duduk di sekitar lembah klang dan berminat untuk menceburi peluang penjualan buah2an boleh whattup saya di no 01125053536.. Saya akan bantu bagi mereka yang tiada kerja & tiada modal serta pendapatan dan berkeinginan untuk berniaga, saya sediakan semua kelengkapan dan buah2an. tuan/puan cuma perlu sediakan lokasi sahaja.. sya bantu bagi yang berminat sahaja.. terima kasih.

    ReplyDelete
  27. Mencari cempedak madu harga borong call 0195635615.pian

    ReplyDelete