Thursday 23 February 2017

Gambar baik punya!!!

Terjumpa gambar-gambar lama dalam PC. Bukan la lama sangat pun. Barangkali dua tiga tahun lepas. Tah, sebenarnya aku pun tak ingat dah....hehe. Sebab terjumpa gambar lama, jadi hari ini aku rasa nak bercerita pasal gambar-gambar lama tu. Jangan marah na......tajuk tu saja aku bagi gempak sikit.

Buah Kana
Hampa tau kan Buah Kana. Ini buah peberet aku masa kecik dulu. Jiran sebelah rumah aku Mak Biah namanya, ada tanam pokok ini. Buahnya lebat dan menggiurkan. Aku selalu duk perati kalau-kalau ada yang masak. Mengkalau ada yang masak, aku tunggu malam untuk aku rembat....hehe. Nakalnya aku zaman kecik-kecik dulu kan.

Pejabat Pos Fraser Hill
Tahun bila aku pi Fraser Hill, aku sendiri pun dah tak ingat. Pejabat pos ini kira ikon Fraser Hill. Lagi satu ikon dia ialah jam besar pada bulatan depan pejabat pos tu. Kalau pi sana hampa wajib kena bergambar kat situ. Tak ada yang menarik sangat pun kat Fraser Hill ni. Tempat ini sesuai untuk pi berehat. Orang baru kawin boleh la honeymoon sini. Tempat yang aman dan sunyi boleh merancang keluarga dengan baik.....hehe. Lagi satu, orang sakit yang dalam fasa pemulihan biasanya akan datang berehat di sini atas syor doktor. Yang ini driver teksi eksekutif yang bagi tahu aku. Masa pi sana hari tu terjumpa dengan mamat tu langsung bersembang sat dengan dia. Katanya dia hantar customer dari Singapura untuk berehat di Fraser Hill atas syor doktor.

Yang ini pun gambar kat Fraser Hill. Ada banyak banglo yang reka bentuknya macam ini. Tak silap aku banglo ini dibuat cafe english style kot. Lama dah tak pi pasal tu la aku lupa :).

Mulberry
Mulberry ni mak mertua aku tanam belakang rumah. Selalu berbuah. Lebat jugak la. Ada dua tiga pokok. Buah yang color hitam tu ialah buah yang cukup masak. Kalau hampa nak makan cari yang color hitam lagu tu. Yang color merah tu sebenarnya belum cukup masak. Masam rasanya. Kalau yang color hitam tu manis la. Pokok mulberry rupa dia macam pokok bunga raya. Kalau sekali tengok memang seolah-olah pokok bunga raya.

Kalau hampa lalu jalan Kuala Kubu Baru - Fraser Hill boleh jumpa beberapa gerai jual buah Tampoi. Kalau tengah musim buah la.  Ada jugak orang kata buah kayu. Buah tampoi ni ada kenangan tersendiri pada aku. Dulu masa umur aku 10 tahun pernah panjat pokok tampoi orang asli. Yang sadisnya, kena tangkap dengan orang asli masa duk ada atas pokok. Nasib baik tak disumpitnya aku.....haha.


Gambar sungai yang mengalir keluar dari empangan Ampang Pecah. Pokok-pokok tepi sungai tu sebenarnya tinggi-tinggi belaka tapi nampak kecil sebab jurangnya sangat dalam. Berdiri atas jambatan boleh jadi gayat bila tengok ke bawah. Tidak dibenarkan menjala di sungai ini. Tak taulah kenapa. Barangkali ianya kawasan santuari ikan kot atau juga bahaya kalau-kalau air empangan dilepaskan boleh hanyut orang yang menjala.

Jambatan Sultan Azlan Shah
Orang Kuala Kangsar tau sangatlah jambatan ni. Abang aku duk Talang. Sekali sekala pi sana ada la jugak singgah Lembah. Tapi gambar ni aku snap dari sebelah Sayong. Dulu umur belasan tahun pernah aku menoreh getah kat Lubuk Merbau. Masa tu jambatan ni belum ada lagi. 


Pokok apa tak tau la aku. Gila gedabak punya besar. Tinggi melangit. Pokok ini aku snap kat FRIM. Hari ahad ramai orang beriadah di sini. Yang jogging, berbasikal, mandi jeram, jalan-jalan santai pun ada. Venue yang baik untuk buat kenduri kawin dan rumah terbuka syarikat.

Gambar senja di Putrajaya. Sekali sekala pi okay la. Selalu pi muak.....hihi. Warga Putrajaya jangan marah na. Kita duk sini selalu pi dah tak rasa apa-apa tapi orang dari luar lain la. Sekali sekala depa datang depa tengok sungguh-sungguh.

Tak larat dah aku nak upload gambar, pasal saiz dia besar-besar. Biasanya kalau nak upload gambar aku resize bagi kecil dulu jadi senang la nak upload. Hari ni aku rasa malas pulak nak resize, itulah aku upload terus. Okaylah pembaca budiman. Kita jumpa dilain entri.               

No comments:

Post a Comment