Tuesday 11 October 2016

Ke bendang kita weh......

Ahad lepas, selesai acara membeli belah hasil laut kat Bagan Pasir (kat entri ini  http://pipsterian.blogspot.my/2016/10/bagan-pasir-lagi.html, aku waze jalan nak ke Sawah Sempadan. Tapi aku dapati kalau nak tengok sawah, Kampung Sungai Tengi lagi dekat. Aku tak kisah ke mana pun janji aku nak tengok sawah. Sawah bendang ni sebahagian dari hidup aku. Ada sentimental value pada aku. Aku tahu sawah dah dekat dengan Bagan Pasir cuma aku tak tahu jalan nak ke sana. Hasil waze dan google aku jumpalah jalan yang disyorkan lebih kurang macam gambar kat bawah ni.

10 minit memandu dah boleh sampai kawasan sawah padi Kampung Sungai Tengi.
Kalau hampa suka memancing, aku nak pesan siap-siap baik la hampa bawa pancing. Masa aku datang hari tu aku tengok ramai orang memancing. Ikan apa tak tau la tapi mungkin mancing ikan Puyu agaknya. Walaupun google map syorkan aku ke Kpg Sungai Tengi tapi aku waze ke Sawah Sempadan. Jauh la sikit. Aku saja nak jalan-jalan. No hurry jadi aku santai-santai sajalah. Sapa yang asal dari tempat yang tak ada sawah padi rugi kalau dah datang ke Bagan Pasir tak terus lajak ke kampung sekitar Tanjung Karang yang ada sawah padi. Tempat dah dekat, nak datang lain kali tak tahu bila pulak ada kesempatan....kan.

Pusing-pusing sampai ke sini
Cuaca tak berapa cantik masa aku sampai ke Sawah Sempadan. Agak sedikit mendung. Kalau cuaca elok dan langit cerah memang cantik pemandangan kat sawah padi. Sekarang ni di Sawah Sempadan musim padi tengah terbit buah. Tak lama lagi masak, masuklah musim menuai pulak. Aku rasa dalam bulan November nanti dah banyak petak sawah yang boleh dituai. Tak silap aku di kawasan ini ada homestay. Ada pakej lawatan bawa pelawat keliling kampung dan sawah padi naik trailer yag ditarik oleh traktor. Hari aku datang tu, terserempak dengan satu group yang naik trailer traktor. Siap dibawa ke tengah bendang tapi aku tak sempat nak snap gambar dia orang sebab aku tengah pegang stereng. Kalau aku snap jugak harus aku masuk tali air dengan teksi sekali....hehe.
 
Menggamit kenangan zaman kanak-kanak aku dulu.

Memang puas hati aku datang ke sini.

Petang yang indah dan mendamaikan jiwa.

Terapi semulajadi.
Masa aku kecil dulu, parit macam ni lah tempat aku mengagau sepat.

Kunci air berlatar belakang sawah padi.

Kawasan sawah padi ini bersempadan dengan kampung. Ini kira bahagian tepi sawah. Kalau nak tengok full view sawah padi kena memandu masuk ke sebelah kanan ikut hala teksi tu.

Jumpa je sawah padi aku terus parking tepi jalan untuk snap gambar. Tak berapa rajin nak masuk jauh ke dalam kawasan sawah padi. Lain kali aku datang aku nak masuk sampai ke tengah bendang.
Aku rasa la kan, dengan pemandangan macam gambar kat atas tu memang berbaloi jalan-jalan ke tempat macam ni. Kalau tunggu waktu senja dan keadaan cuaca cerah boleh ambil gambar sunset. Yang bermalam di home stay boleh ambil gambar sunrise. Hari aku datang tu aku tak bawa kamera dslr. Malas aku nak pacak tripod. Pakai kamera handphone pun okay jugak hasilnya. Sesiapa ada kamera dslr elok la bawa sekali kalau datang ke tampat macam ni. Pasti tak menyesal. Lepas ni ada satu tempat lagi aku nak pergi. Aku belum nak balik lagi, Hampa nak tau ke mana? Tunggu entri yang berikutnya....hehe.

No comments:

Post a Comment