Thursday 9 June 2016

Ikan Bakar & Air Asam - Menu peberet dibulan Ramadhan.

Pagi ni sakit perut la pulak. Petang kelmarin jalan-jalan kat pasar Ramadhan ternampak sayur masakan batang keladi air asam. Memang favorite aku turun temurun masakan yang satu ni. Kuahnya nampak pekat. Selera bulan puasa ni bukan kira apa, asal nampak makanan je memang kata sedap belaka.....hehe. Aku belilah sikit. Dalam semangkuk gitu. Waktu berbuka berselera aku makan nasi berkuah air asam dan sayur batang keladi. Pedas sikit masakan tu. Aku agak-agak mahu sakit perut dibuatnya nanti. Lepas sahur hari ni betul la pulak aku sakit perut. Terpaksa la aku bercuti dari mengayuh teksi. 

Aku ni pulak bila duk rumah mulalah melilau duk fikir nak buat apa. Akhirnya aku dapat idea nak masak ikan bakar cicah air asam buat berbuka puasa hari ini. Tengah hari tadi bila perut dah lega aku ke pasar beli ikan talapia seekor, kembung 3 ekor dan keli 3 ekor. Aku kalau bakar ikan, pilihan pertama ialah keli. Tapi wife aku tak makan keli jadi aku belikan Talapia dan Kembung. Mak mertua dengan adik ipar aku tak ada hal. Kembung ok, keli ok, talapia pun ok. Banyak tu cukuplah aku rasa untuk kita orang sekali hadap berbuka puasa nanti silap-silap berlebih lagi. Tapi kalau berlebih pun ok jugak. Lepas tarawih boleh la aku repeat.....haha.

Talapia sekor, Kembung 3 dan Keli 3. Basuh bersih, kelar-kelarkan kemudian gaul dengan garam kunyit serta perencah nasi goreng. Kalau tambah perencah nasi goreng memang ada kelainan dari segi rasanya. Ikut suka nak buh perasa apa. Kali ini aku pilih perencah nasi goreng ikan bilis. Lepas gaul sebati perapkanlah ikut suka berapa lama. Aku biasa perap 2-3 jam gitu

Perencah nasi goreng ikan bilis yang aku maksudkan.
Buat air asam siap-siap. Nanti sibuk bakar ikan takut tak sempat buat. Resepi air asam kat sini http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/air-asam-pencicah-ikan-bakar-yang.html

Tambah kerisik sikit jadilah air asam utara


Kalau bara ciput macam ni lambat sikit la nak masak

Biasanya bakar ikan dalam 20 minit dah masak
Kalau bakar lama sangat isi ikan jadi liat
Yang ini untuk orang rumah
Aku percaya menu ikan bakar dan air asam memang menjadi kegemaran ramai setiap kali tiba bulan Ramadhan. Ada banyak penjual ikan bakar di pasar Ramadhan tapi harganya pulak mak aii mahai sungguh. Tapi zaman gst ni apa nak dikata. Walaupun ikan tak kena gst tapi kos-kos lain yang terlibat kena gst. Akhirnya benda yang tak kena gst pun harganya naik juga. Dulu ada satu menteri cakap harga barang akan turun bila gst dilaksanakan. Mana ada turun. Naik lagi ada la. Pembuhung betui pak menteri yang satu ni.....hehe.