Wednesday 18 May 2016

Kacang Tanah goreng yang rangup dan sangat sedap

Hari ini aku nak membersihkan rumah aku yang dah bersawang. Dah sebulan aku tak update blog ini. Rumah kalau tak bersih dan tak dihuni manusia akan ada makhluk lain yang menumpang....hehe. Risau jugak kut-kut ada makhluk lain yang menumpang kat blog aku ni......hehe apa punya merapu daa. Sebenarnya aku nak berkongsi resepi yang menjadi kegemaran aku, bini aku, anak aku, pendek kata kegemaran seisi rumahlah. Ini makanan kegemaran bila menonton tv. Sekejap je licin. Once you pop u can't stop.......ahaaa.

Goreng kacang tanah ni paling senang. Dah la senang, boleh pula kita adjust rasa dia ikut yang macam mana kita nak. Resepi ni kalau hampa try, hampa boleh adjust sendiri ikut rasa apa hampa nak. Nak manis lebihkan gula. Nak masin sikit lebihkan garam. Nak pedas buh serbuk cili sikit. Nak rasa kari buh la serbuk kari. Apa-apa yang hampa suka. Aku suka tambah serbuk perencah nasi goreng. Perencah nasi goreng kampung boleh, cina boleh, ayam pun boleh. Perencah nasi goreng yang aku guna macam gambar kat bawah ni;


Banyak temberang pulak aku kali ini. Jom la aku nak cerita bahan-bahan dan cara nak buat kacang tanah goreng rangup. Jangan lupa try. Ingat, once you pop, u can't stop....haha.

    Kacang Tanah Goreng Rangup 


Bahan-bahan
500-600 gram kacang tanah yang telah dibuang kulit
2 bungkus perencah nasi goreng (macam gambar kat atas tu)
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
14 ulas bawang putih
Ikan bilis (ikut suka nak banyak mana)

Cara
Masak air sampai mendidih. Tuang dalam satu bekas dan rendamkan kacang tanah dalam air panas tersebut selama 10 minit. Kemudian tos dan  biarkan sejuk.

Kisar bawang putih 7 ulas. Masa kisar tu masukkan sekali gula, garam, perencah nasi goreng dan sedikit air. Air masukkan sikit je, hanya untuk memudahkan bahan-bahan tersebut dikisar.

Dalam satu bekas, satukan bahan kisar dan kacang tanah. Gaul rata kemudian perap selama 1 jam.

Setelah diperap selama sejam bolehlah goreng kacang tanah tersebut menggunakan minyak yang banyak. Goreng tenggelam gitu. Aku biasa guna 1 liter minyak. Guna api sederhana. 

Masa goreng jangan lupa kacau selalu supaya masak rata. Bila kacang bertukar warna perang, angkat dan toskan. Kena tos lama supaya minyaknya turun. Kacang ni masa panas dia tak rangup. Dah sejuk nanti baru dia rangup jadi bila tengok masa tengah panas dia tak rangup jangan la hampa gundah gulana.

7 ulas bawang putih baki tu hiris halus dan goreng garing.

Ikan bilis goreng garing jugak.

Bila kacang tanah dah sejuk dan minyak dah turun, satukan dengan bawang putih goreng dan ikan bilis goreng. Simpan dalam bekas kedap udara. Selalunya tak lama boleh simpan. Paling lama 3 hari bekas simpan kacang tu dah kosong......haha...dah kena ngap dengan orang la.

No comments:

Post a Comment