Saturday 26 March 2016

Mamak goreng mee step by step

Entri pertama berkaitan mee goreng mamak yang pernah aku buat dulu (boleh klik link ini  http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/resepi-mee-goreng-mamak-yang-paling-best.html) adalah cara buat mee goreng mamak yang dah aku adjustkan sikit-sikit ikut cara aku bagi sesuai dan mudah untuk dimasak. Sebenarnya step mamak masak mee goreng boleh berbeza dari satu mamak dengan mamak yang lain. Biasanya yang aku tengok, cili kisar dia orang tak tumis. Cili kisar dia orang masukkan setelah masukkan mee kuning terlebih dahulu. Bukan bermaksud cili kisar tu tak masak atau tak ditumis terlebih dahulu tapi dia orang dah masak cili kisar tersebut awal-awal dengan kuantiti yang banyak. Restoran mamak biasanya menggoreng mee goreng berulang-ulang mungkin puluhan atau ratusan hidangan sehari. Oleh sebab itulah cili kisar dimasak terlebih dahulu supaya menjimatkan masa. Kalau tak masak awal-awal tentulah cili kisar kena tumis dahulu setiap kali nak goreng mee. Langkah ini tak praktikal untuk kita ikut sebab kita bukan nak goreng banyak hidangan macam kat restoran mamak. Jadi lebih baik kita tumis cili kisar daripada kita masak awal-awal dalam kuantiti yang banyak. Lagi pula kalau di restoran mamak cili kisar ini bukan sahaja digunakan untuk masak mee goreng. Lain-lain masakan seperti nasi goreng, bihun goreng, kuey teow goreng turut menggunakan cili kisar tersebut.

Inilah dia cili kisar kat restoran mamak yang telah dimasak terlebih dahulu. Tak perlu ditumis lagi. Masa masak cili kisar hanya tambah garam bagi cili kisar ada rasa masin sikit. Gambar ini aku snap kat restoran mamak. Kalau hampa tengok betul-betul dapur dia orang bukannya bersih sangat. Lepas tengok gambar ni silap-silap hampa tak lalu makan dah...haha.

Kat gambar atas tu hampa tengoklah bahan-bahan nak buat mee goreng. Ada garam, pak aji, minyak masak, kicap tamin (nampak separuh), cili kisar, dan tauge. Simple je. Bahan lainnya ialah mee kuning, telur, bawang merah, bawang putih, tomato, cili api, sawi, tauhu yang dah siap digoreng, cucur udang dan sedikit air. Kalau cara aku, aku akan gantikan tauhu keras tu dengan tauhu lembut. Sesuai dengan selera aku. Kalau hampa nak tengok cara mamak goreng mee step by step sila masuk sini https://youtu.be/NsSN-ot-Gnk. Aku dah upload kat youtube.

Kalau ikut cara mamak dalam youtube tu goreng mee mana ada dia ikut step. Bantai ikut sedap dia je....hehe. Yang penting hasilnya. Dari pemerhatian aku, cara mee goreng mamak kalau nak ikut step by step sepatutnya macam ni;

1. panaskan minyak
2. masukkan bawang merah dan bawang putih
3. masukkan kubis
4. masukkan sawi 
5. masukkan cili api
6. masukkan tomato cincang

tak payah tunggu benda-benda kat atas tu layu

7. pecahkan telur. bagi keras sikit kacau bagi hancur/jadi ketul-ketul kecil
8. masukkan mee kuning

Step 1-8 api kecil. Mulai step 9 besarkan api.

9. tambah air, cili kisar, garam dan aji. kacau rata
10. tambah kicap
11. tambah tauge. kacau rata
12. tambah tauhu
13. tambah cucur udang. kacau rata. siap.

Dah selesai menggoreng mee ikut cara mamak. Nak tengok hasil dia. Ni dia rupa mee goreng mamak yang dia buat cara ikut suka dia....haha.

inilah mee yang digoreng  mamak dalam video pada pautan ini  https://youtu.be/NsSN-ot-Gnk.
video ni aku ambil kat restoran abdullah jalan sungai tua selayang. 
Sesiapa nak cuba mee goreng mamak yang real tanpa perlu beli kat kedai mamak bolehlah ikut cara mamak dalam video tu masak. Nak ikut cara sendiri pun boleh. Mana-mana sajalah asal bahagia...hehe. Sebelum tutup entri, mai tengok pulak mee goreng mamak versi yang aku adjust mengikut citarasa aku kat bawah ni. Agak-agak hampa suka yang mana? Mee goreng versi yang atas tu ke atau versi yang bawah ni?

Resepi kat sini http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/resepi-mee-goreng-mamak-yang-paling-best.html

No comments:

Post a Comment