Thursday, 13 October 2016

Meh kita pekena cendol.......Cendol Borhan Kuala Selangor

Cerita hari Ahad lepas belum habis lagi....hehe. Mula-mula di sini http://pipsterian.blogspot.my/2016/10/bagan-pasir-lagi.html lepas tu ke sini pulak http://pipsterian.blogspot.my/2016/10/ke-bendang-kita-weh.html. Hari ini aku nak ceritakan kembara aku yang seterusnya....hehe. Dah jenuh berjalan, singgah la makan pulak. Destinasi aku memang aku dah set awal-awal iaitu cendol Borhan Kuala Selangor. Cendol Borhan ni pada aku sedap jugaklah. Berbaloi kalau singgah makan. Selain dari cendol, makanan dan minuman lain pun ada jugak dijual. Tapi keistimewaannya tentulah cendol. Kepada sesiapa yang pernah singgah memang tak ada masalah nak cari tempat ni. Tapi kepada sesiapa yang tak tahu lokasinya, boleh tengok peta di bawah ni.

Cendol Borhan terletak di tepi jalan Kuala Selangor -Tanjung Karang.

Dari Bukit Melawati ke Cendol Borhan ikut Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang jaraknya  hanya 5 km lebih kurang 7 minit memandu.

Papan tanda besar dan jelas depan kedai cendol Borhan tapi gambar ini saya ambil dari hala jalan Tanjung Karang ke arah Kuala Selangor, bukan dari hala Kuala Selangor ke Tanjung Karang sebab itulah kedai ini berada di sebelah kiri jalan. Kalau datang dari Kuala Selangor ke Tanjung Karang, kedai ini terletak di sebelah kanan jalan. Harap maklum.....hehe.
Tak susah cari kedai ni. Kalau anda datang dari arah Kuala Selangor, selepas simpang ke Pasir Penambang, jalan terus anda akan jumpa SMK Agama Kuala Selangor di sebelah kiri jalan. Jalan depan sikit lagi ada lampu isyarat trafik simpang masuk ke Jalan Bukit Belimbing berhadapan dengan SMK Pengkalan Permatang (di sebelah kiri jalan). Jalan lagi terus ke depan ada simpang kiri ke Jalan Ara, jalan alternatif ke Bagan Pasir. Teruskan perjalanan dan perhatikan sebelah kanan. Biasanya akan ada beberapa kereta parking tepi jalan depan kedai cendol Borhan walaupun parking memang ada disediakan di sebelah premis.

Bangunan putih itulah premis cendol Borhan. Gambar ini diambil dari tempat letak kereta yang disediakan. Kemudahan tempat letak kereta agak luas. Rasanya boleh muat lebih kurang dalam 20 buah kereta.
Dulu masa mula-mula aku datang sini, kedai cendol taklah luas sangat. Kalau hujung minggu susah jugak nak cari tempat duduk. Meja penuh selalu. Tapi sekarang ni aku nampak kedainya dah semakin luas. Meja dan tempat duduk pun dah bertambah. Memang nampak jelas perniagaan cendol Borhan semakin maju.

Bukan hanya cendol. Berbagai menu lain juga ditawarkan.

Tapi yang istimewanya tentulah cendol. Macam-macam jenis cendol ada. Rambang la mata sat bila tengok menu ini.
Hari aku datang tu aku order cendol labu. Memang dari dulu kalau aku singgah sini aku akan order cendol labu. Cendol lain aku belum rasa lagi. Hati aku dah terpikat kat cendol labu....hehe. Isteri aku order cendol biasa. Laksa pun aku order, sementara isteri aku order pasembur. Saja je aku nak test laksa dia. Not bad jugaklah. Kuahnya pekat. Berbaloi rasanya.

Cendol labu kegemaran aku
Bila aku tengok gambar ini terasa nak pi pekena cendol Borhan lagi.
Laksa ni pun sedap jugak.
Isteri aku order pasembur. Habis jugak dia santap aku tengok.......hehe
Perut dah kenyang. Barang yang dihajati pun dah dibeli. Bendang pun dah dikunjungi. Jadi tibalah masa balik. Lain kali In Sha Allah, aku datang lagi pekena cendol. Memang berbaloi jalan-jalan sambil cari makan ke Kuala selangor dan Tanjung Karang. Kalau hampa nak cuba, bolehlah singgah di kedai cendol Borhan. In Sha Allah.

Tuesday, 11 October 2016

Ke bendang kita weh......

Ahad lepas, selesai acara membeli belah hasil laut kat Bagan Pasir (kat entri ini  http://pipsterian.blogspot.my/2016/10/bagan-pasir-lagi.html, aku waze jalan nak ke Sawah Sempadan. Tapi aku dapati kalau nak tengok sawah, Kampung Sungai Tengi lagi dekat. Aku tak kisah ke mana pun janji aku nak tengok sawah. Sawah bendang ni sebahagian dari hidup aku. Ada sentimental value pada aku. Aku tahu sawah dah dekat dengan Bagan Pasir cuma aku tak tahu jalan nak ke sana. Hasil waze dan google aku jumpalah jalan yang disyorkan lebih kurang macam gambar kat bawah ni.

10 minit memandu dah boleh sampai kawasan sawah padi Kampung Sungai Tengi.
Kalau hampa suka memancing, aku nak pesan siap-siap baik la hampa bawa pancing. Masa aku datang hari tu aku tengok ramai orang memancing. Ikan apa tak tau la tapi mungkin mancing ikan Puyu agaknya. Walaupun google map syorkan aku ke Kpg Sungai Tengi tapi aku waze ke Sawah Sempadan. Jauh la sikit. Aku saja nak jalan-jalan. No hurry jadi aku santai-santai sajalah. Sapa yang asal dari tempat yang tak ada sawah padi rugi kalau dah datang ke Bagan Pasir tak terus lajak ke kampung sekitar Tanjung Karang yang ada sawah padi. Tempat dah dekat, nak datang lain kali tak tahu bila pulak ada kesempatan....kan.

Pusing-pusing sampai ke sini
Cuaca tak berapa cantik masa aku sampai ke Sawah Sempadan. Agak sedikit mendung. Kalau cuaca elok dan langit cerah memang cantik pemandangan kat sawah padi. Sekarang ni di Sawah Sempadan musim padi tengah terbit buah. Tak lama lagi masak, masuklah musim menuai pulak. Aku rasa dalam bulan November nanti dah banyak petak sawah yang boleh dituai. Tak silap aku di kawasan ini ada homestay. Ada pakej lawatan bawa pelawat keliling kampung dan sawah padi naik trailer yag ditarik oleh traktor. Hari aku datang tu, terserempak dengan satu group yang naik trailer traktor. Siap dibawa ke tengah bendang tapi aku tak sempat nak snap gambar dia orang sebab aku tengah pegang stereng. Kalau aku snap jugak harus aku masuk tali air dengan teksi sekali....hehe.
 
Menggamit kenangan zaman kanak-kanak aku dulu.

Memang puas hati aku datang ke sini.

Petang yang indah dan mendamaikan jiwa.

Terapi semulajadi.
Masa aku kecil dulu, parit macam ni lah tempat aku mengagau sepat.

Kunci air berlatar belakang sawah padi.

Kawasan sawah padi ini bersempadan dengan kampung. Ini kira bahagian tepi sawah. Kalau nak tengok full view sawah padi kena memandu masuk ke sebelah kanan ikut hala teksi tu.

Jumpa je sawah padi aku terus parking tepi jalan untuk snap gambar. Tak berapa rajin nak masuk jauh ke dalam kawasan sawah padi. Lain kali aku datang aku nak masuk sampai ke tengah bendang.
Aku rasa la kan, dengan pemandangan macam gambar kat atas tu memang berbaloi jalan-jalan ke tempat macam ni. Kalau tunggu waktu senja dan keadaan cuaca cerah boleh ambil gambar sunset. Yang bermalam di home stay boleh ambil gambar sunrise. Hari aku datang tu aku tak bawa kamera dslr. Malas aku nak pacak tripod. Pakai kamera handphone pun okay jugak hasilnya. Sesiapa ada kamera dslr elok la bawa sekali kalau datang ke tampat macam ni. Pasti tak menyesal. Lepas ni ada satu tempat lagi aku nak pergi. Aku belum nak balik lagi, Hampa nak tau ke mana? Tunggu entri yang berikutnya....hehe.

Bagan Pasir lagi......

Dulu aku pernah post entri pasal hasil laut di Bagan Pasir kat sini http://pipsterian.blogspot.my/2015/01/udang-dan-ikan-segar-di-bagan-pasir.html. Hari Ahad lepas tetiba je aku rasa nak makan ikan segar jadi aku pun tanpa membuang masa beritahu isteri supaya bersiap sedia kalau nak ikut sama. Anak bujang dengan anak dara aku tak nak ikut. Biasa la anak-anak kalau dah remaja mana nak ikut mak pak dah. Jadi aku dengan isteri sajalah yang pergi. Pukul 3 petang baru aku bertolak dari rumah. Semenjak ada LATAR ni memang senang sungguh nak ke Kuala Selangor. Kereta pun tak banyak. Aku bawa teksi, jimat sikit. Tol kena separuh je hehe. Lagi pulak pakai gas, bukan petrol, memang berbaloi la. Cuma tak boleh la nak merempit sebab bila guna gas, enjin kereta cepat panas. Boleh pandu dengan kelajuan maksimum 90km/jam sahaja. Kalau rasa nak merempit switch lah ke petrol, lepas tu bolehlah merempit semahunya.

Aku sebenarnya berbelah bagi nak pergi Pasir Penambang atau Bagan Pasir. Kalau ke Pasir Penambang dekat sikit. Lebih kurang 1-2 km selepas pekan Kuala Selangor tapi kat situ feel dia kurang sikit sebab ikan dijual di pasar, bukannya jeti. Kalau ke Bagan Pasir adalah feelnya sebab ikan dijual kat kedai yang bersambung dengan jeti. Boleh juga tengok pemandangan bot nelayan berlabuh di kuala sungai. Bila dah sampai pekan Kuala Selangor akhirnya aku buat keputusan teruskan perjalanan ke Bagan Pasir. Alang-alang dah kat Kuala Selangor baiklah aku lajak terus ke Bagan Pasir. Cuma kali ni aku tak nak lalu ikut jalan yang biasa aku lalui sebelum ini. Kali ini aku ikut jalan kampung. Jalan Ara namanya. Jalan ini tak sengaja aku jumpa bila aku buka google map. Oleh sebab aku tak la nak cepat jadi aku ambil keputusan ikut Jalan Ara, jalan-jalan sambil tengok kampung orang. 

Jalan Ara. Jalan alternatif ke Bagan Pasir melalui Kampung Sungai Yu.

Depan SMK Pengkalan Permatang ada lampu merah. Jalan terus ke depan jumpa THK Sales & Service (M) Sdn Bhd belok kiri masuk Jalan Ara. Terus ikut jalan ini anda akan sampai ke Bagan Pasir. Jalan besar color kuning tu ialah Jln Kuala Selangor -Tanjung Karang
Lebih kurang 100-200 meter selepas masuk Jalan Ara daripada simpang Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang anda akan jumpa Pasar Nelayan Sungai Yu. Kat sini pun ikan fresh dari laut cuma taklah sebanyak yang ada di Bagan Pasir atau Pasir Penambang. Kalau dah sampai sini eloklah singgah tengok-tengok. Tak banyak pilihan. Barangkali hasil tangkapan nelayan pesisir pantai. Masa aku datang tempoh hari ikan yang besar-besar macam merah, jenahak dan kerapu tak ada. Yang ada ikan kecil-kecil sahaja. 
Pasar Nelayan Sungai Yu



Jalan kampung tak banyak kereta tapi nak merempit memang tak boleh sebab jalan tak la besar sangat. Lagi satu jalan kampung bahaya kalau merempit, kena terlanggar orang kampung alamat tidur hospital la jawabnya. Nak memandu macam orang nak pergi berkelah bolehlah, santai-santai gitu. Kalau ikut Jalan Ara tu terus je memandu sampailah jumpa sekolah cina. Lepas tu bila jumpa jambatan dan simpang T kiranya dah sampailah kita ke Bagan Pasir. Simpang T tu beloklah ke kanan. Lepas tu cari signboard macam gambar kat bawah ni di sebelah kiri jalan. Masuk jalan yang ada signboard tu jumpalah hampa dengan kedai-kedai jual hasil laut. Pandai-pandailah hampa pilih untuk cari yang segar bugar.
 
Papan tanda di sebelah kiri jalan jika anda datang dari  Jalan Ara. Kalau anda datang ikut Jalan Kuala Selangor - Tanjung Karang, papan tanda tu duk sebelah kanan jalan.

Harga ikan dan hasil laut kat sini nak kata murah tu tidaklah. Yang jadi tarikan ialah ikan di sini memang sah segar. Kalau kat Pasar Borong Selayang ikan ais. Hampa boleh kenallah ikan ais atau tidak. Lepas masak atau goreng ikan yang anda beli kat Bagan Pasir ni anda boleh rasa sendiri kesegarannya. Sempat jugak aku snap beberapa keping gambar untuk tatapan bersama. Isteri aku sibuk pilih ikan, udang, ketam, kerang, kepah, aku pulak sibuk snap gambar. Tapi kan kalau bagi orang perempuan shopping memang hilang akal dia orang sekejap....haha. Gambar-gambar ini semua bukan dari satu kedai tapi kebanyakannya daripada dua kedai bahagian tengah. Dua kedai tengah tu ada banyak pilihan hasil laut.








Sotong sekilo RM28

Kerisi RM18/kilo

Bawal Putih Rm28/kilo
Tak nampak harga...hehe









Pilihlah ikut tebal mana poket hampa....hihi
Sotong katak saiz besar
Kalau hampa nak pi, siap la dalam poket 2-3 ratus. Tu kira borong kecil-kecilan. Kalau nak borong banyak bawa la bekalan lebih sikit. Bawa sekali kotak polistrin untuk simpan ikan nak bawa balik nanti. Kalau tak bawa boleh beli dari dia orang. Ais dia orang bagi free sebab harga ais dah kira sekali dengan harga ikan....sebab tu la ais free haha!

Kat bawah ni pulak gambar sekitar perkampungan nelayan Bagan Pasir.







 









Selesai acara membeli belah aku ingat nak singgah kedai tomyam minta dia orang tolong masak tiga rasa ikan merah yang aku beli tapi tak seronok pulak sebab makan dua orang je. Kalau anak-anak ikut okaylah jugak. Tak jadi nak singgah kedai tomyam, sebaliknya aku nak pergi ke Sawah Sempadan nak tengok suasana sawah. Ke laut sudah, ke bendang pulak kita. Okay kita jumpa lagi di entri berikutnya........cerita dan gambar sawah padi.