Wednesday, 28 January 2015

Ikan dan hasil laut segar di Bagan Pasir, Tanjung Karang.

Kalau aku ke Kuala Selangor biasanya aku akan singgah di Pasir Penambang untuk beli ikan segar. Harganya tidaklah murah sangat. Kalau ikutkan, ikan kat pasar borong Selayang lagi murah. Cuma kalau di Pasir Penambang ikannya agak segar berbanding di pasar borong. Itu dulu, sekarang aku tak pergi Pasir Penambang dah untuk cari ikan segar. Aku ke Bagan Pasir. Kat Bagan Pasir ni nikmat beli ikan segar lagi terasa sebab kita boleh nampak bot-bot nelayan yang berlabuh. Kalau nak tunggu udang laut yang betul- betul fresh baru naik dari laut bolehlah tunggu nelayan naik ke pelantar untuk hantar udang yang baru ditangkap. Selepas ditimbang anda boleh pilih sendiri. Kadang-kadang anda tak sempat nak pilih sebab pelanggan yang datang lebih awal dah booking siap-siap. Lepas timbang je semua dia sapu habis. Nasib le. Lagi satu sebab kenapa aku suka ke Bagan Pasir ialah dalam perjalanan ke sana bolehlah singgah pekena cendol Borhan. Cendol Borhan sekarang dah banyak cawangan tapi yang satu ini ialah yang mula-mula beroperasi. Khabarnya tauke cendol ni dulu adalah asnaf zakat. Berkat usaha dan ketekunannya, sekarang perniagaan beliau telah berjaya. Cendolnya pun sedap, ada kelainan. Ada cendol labu, cendol durian selain dari yang biasa kita jumpa seperti kacang merah, jagung dan pulut. Kita doakan semoga perniagaan beliau terus berkembang maju.

Cendol Borhan teletak di sebelah kanan jalan menghala ke Tanjung Karang dari Kuala Selangor.
Untuk ke Bagan Pasir biasanya aku akan ikut LATAR kemudian ikut jalan lama ke arah Kuala Selangor. Selepas pekan Kuala Selangor teruskan lagi perjalanan ke arah Tanjung Karang. Tak jauh selepas melalui Pasir Penambang kita akan jumpa cendol Borhan di sebelah kanan jalan. Kalau kedai cendol ni buka kita boleh perasan dari jauh sebab akan ada pelanggan cendol yang parking kereta ditepi jalan. Jika hari cuti umum atau hujung minggu pasti akan ada berderet-deret kereta parking di bahu jalan. 

Tempat jualan ikan segar Bagan Pasir, Tanjung Karang tak sukar untuk dicari. Sebelum sampai pekan Tanjung Karang anda akan jumpa BHP petrol station di sebelah kanan jalan dan Bank Rakyat di sebelah kiri jalan. Terus pandu ke depan sikit lagi ada selekoh ke kanan dan anda akan nampak jejantas. Simpang ke kiri pada permulaan selekoh sebelum jejantas itulah jalan yang menghala ke Bagan Pasir. Simpang ke kiri ini betul-betul bertentangan dengan Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang.

Simpang kiri masuk ke Bagan Pasir berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang.
Masuk saja simpang ke Bagan Pasir anda teruskan perjalanan dalam lebih kurang 2 ke 3 kilometer lagi sehinggalah anda jumpa selekoh ke kiri dan anda akan nampak perkampungan Cina di sebelah kanan. Selepas selekoh tersebut anda cari lorong kanan yang ketiga. Lorong kanan yang kedua ada tokong cina. Anda boleh nampak tokong cina dari selekoh lagi.

Dari selekoh ini, kelihatan bumbung tokong cina yang berada di lorong kanan yang kedua. Cari lorong kanan ketiga.
Lorong kanan ketiga ada tanda arah "Restoran Seafood Tanjung Karang" dan "Ah Heng Fishery". Masuk lorong ini, jalan sikit ke depan anda boleh nampak kawasan lapang untuk parking kereta. Anda parkinglah kereta di sini. Jalan kaki ke tempat jualan ikan segar tak jauh. Kawasan ini ialah perkampungan cina jadi anjing pun banyaklah. Sapa yang takut anjing tu jaga-jagalah sikit. Lagi satu, perkampungan ini rumahnya dibina di tebing muara sungai. Kalau air pasang maka air pun naik sampai ke bawah rumah dia orang. Masa ni lah boleh tengok banyak sampah sarap hanyut di bawah rumah. Ada orang yang loya tengok tapi aku selamba rock aje.

Simpang kanan yang ketiga. Nampak tak signboard yang kelihatan sedikit di sebelah kiri selain signboard di sebelah kanan tepi tiang letrik pada persimpangan jalan. Kalau anda jalan terus lagi ke depan anda akan jumpa kunci air.
Tempat parking yang agak luas.
Kedai yang depan rumah oren tu adalah kedai ikan ke 2. Sebelah kanannya ada satu dan ke depan lagi ada lagi dua buah.
Ada empat kedai ikan di sini. Harga di sini pada aku ke empat-empatnya lebih kurang je. Kedai yang keempat atau yang last sekali selalu tutup. Agaknya jualan ikan dia sikit kot. Tapi kalau anda nak beli ikan atau hasil laut yang lain elok anda jalan satu-satu dulu bermula dari yang pertama. Sebabnya ialah anda boleh bandingkan harga dan anda juga tak menyesal kemudiannya. Aku dulu, mula-mula pergi kedai yang jauh iaitu yang ke tiga. Kat sana dah borong sikit. Lepas tu pergi pulak ke kedai ke kedua. Kat kedai kedua ni rupanya udang dia lagi best tapi aku dah terbeli kat kedai yang mula-mula aku pergi tadi. Aku ingat udang dia ni dah best la rupanya kedai yang pertama lagi best udang dia. Itulah aku syorkan kalau nak memborong elok mulakan tengok-tengok dulu pada kedai pertama diikuti oleh yang kedua dan seterusnya. Dah ada idea kat mana ada barang bagus barulah pergi ke kedai tu sekali lagi dan terus borong.

Jalan konkrit nak ke kedai ke tiga dan ke keempat.

Ada banyak jeti macam ni di sini.
Udang baru naik dari laut. Nelayan hantar kemudian peraih timbang dulu lepas tu baru kita boleh pilih.
Sekarang masa pilih udang.
Udang fresh. Kalau poket berisi tebal bolehlah pilih banyak sikit.
Kepah pun ada.
Tak suka udang dengan kepah, boleh pilih ketam bunga.
Ikan merah. Memang sah masih segar.
Boleh terus siang ikan di sini.
Ikan di kedai yang lain.
Ikan yang dijemur untuk dijadikan ikan kering masin.
Bot nelayan memasuki muara Sungai Tengi.
Deretan bot nelayan sedang belabuh.
Memilih ikan di atas bot.
Sekali-sekala datang ke Bagan Pasir membeli ikan segar memang seronok dan puas hati. Tambahan pula semenjak ada lebuhraya LATAR perjalanan menjadi mudah dan singkat. Kalau anda nak ke Bagan Pasir pastikan datang sebelum petang kerana ikan banyak pada waktu lewat pagi, tengah hari dan awal petang. Kalau dah lewat petang, ikan masih ada lagi tapi pilihan dah kurang. Lagi satu, kalau anda minat fotografi disini memang tempat yang sesuai untuk menyalurkan minat anda. Selain dari panorama bot nelayan, anda boleh terus ke Tanjung Karang untuk menikmati panorama sawah padi pula.

18 comments:

  1. Kalau dapat dimasukkan harga lebih nampak aerosol lagi.

    ReplyDelete
  2. As'kum..sy akom dri kuala lumpur ada x sesiape bleh supplay ikan laut dgn sy sbb sy bru nk mula perniagaan..0176124358 akim

    ReplyDelete
  3. Memang tiap2 hari ka ada bot nai

    ReplyDelete
  4. Dieorg ada bagi ais tak...ker nak kena beli ais siap2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ais kalau minta dia org bagilah. tak payah beli. kalau nak beli belah hasil laut dlm kuantiti banyak elok la bawa bekas polistrin, senang nak isi ikan dan ais sekali.

      Delete
  5. Tuan, tumpang tanya... seelok2nya jam berapa sampai di jeti tersebut ye?

    ReplyDelete
  6. Saya rasa waktu paling cun ialah tengah hari. Kalau boleh jgn dtg lewat petang sbb waktu tu jualan dah banyak yang habis. Pukul 4 petang lebih dah kira lewat tapi hasil laut masih ada cuma tak banyak pilihan lagi yg tinggal.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Macam mahal le. Same macam pasar. Cuma lebihnya fresh jek...

    ReplyDelete
  8. Assalamualikum, saya dah pergi tempat tu berpandukan detail yg diberikan seperti diatas. Terima kasih byk2...memang terbaik. klu ikut detail yg diberikan memang kita akan sampai terus ke tempat tersebut. Terima kasih banyak2...

    ReplyDelete
  9. Kompom tghari ye yg sesuai tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari pengalaman saya, kalau dtg lewat pukul 4-5 petang gitu pilihan dah kurang sikit dan kadang2 ada jugak kedai yg dah tutup sebab ikan dah abis. selalunya kedai yg tutup awal ialah kedai yg hujung sekali tu.

      Delete
  10. Terbaik blog Pak Mat. Kami selamat sampai berpandukan blog ni je..haha.. Cuma hari ni kedai banyak tutup tinggal 1 je yg buka, iaitu kedai pertama dr parking. Dah lupa namanya, ingat Pemborong dan Pembekal Fishery je. Kin psl new year kot...aha harga lebih kurang NSK tp mmg sgt2 fresh smpi suami rambang mata. Kalo tak control semua jenis ikan dibelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya ada lagi kedai selain dari yang saya ceritakan di atas tu. Kalau anda teruskan perjalanan melewati pintu air (maksudnya jgn masuk lorong ah heng fishery tu), anda akan jumpa lagi 2 kedai. kedai pertama selepas pintu air tu betul2 tepi jalan di sebelah kanan. terus lagi jln ke depan ada satu lagi betul2 depan selekoh, di sebelah kanan jugak. jarak drpd ah heng fishery tu lebih kurang 200 meter rasanya. lepas selekoh tu jalan mati, macam ban gitu. saya tak pernah singgah tapi saya nampak ada orang singgah beli ikan. kalau nak ikut meriah mmg menang kat area ah heng fishery tu lah.

      Delete
  11. Encik..ada no tel tokey kedai tak. Senang nk booking....dtg jauh2 takut habis atau x dak

    ReplyDelete
    Replies
    1. minta maaflah, saya memang tak ada simpan no tel dia orang. rasanya kalau cik pergi sebelum lewat petang mmg sentiasa ada hasil lautnya. pukul 4 tu kira lewat sikitlah. tapi saya pernah jugak sampai sana pukul 5. ikan ada lagi cuma pilihan kurang. yg cantik2 semua dah di kaut org yg dtg awal. jgn lupa bawa kotak polistrin utk simpan ikan kalau ke sana.

      Delete