Wednesday 7 January 2015

Bagaimana nak melembutkan isi ayam goreng?

Kita biasa menggoreng ayam. Goreng biasa dengan garam kunyit atau goreng dengan tepung kfc atau goreng berempah tapi kadang-kadang ayam yang kita goreng tu rangup di luar namun isinya tidak selembut ayam goreng yang biasa kita makan kat restoran makanan segera macam KFC atau McD. Nak kata ayam yang digunakan oleh mereka tak sama dengan ayam yang kita guna tak boleh juga. Memang dia orang ada pembekal sendiri tapi ayam yang dia orang guna tu sama aje proses penternakannya dengan ayam yang kita guna. Maksudnya cara olahan atau gorengannyalah yang akan menentukan kualiti akhir ayam goreng tersebut.

Rangup menyelerakan. Gambar hiasan dari carian google.
Kali ini aku nak kongsikan cara untuk mendapatkan ayam goreng yang rangup di luar dan lembut isinya macam ayam goreng kat restoran makanan segera. Macam aku kata awal tadi cara olahan ayam itulah yang akan menentukan kualiti akhir gorengan kita. Dari pengalaman aku sendiri yang suka bereksperimen di dapur, untuk dapatkan gorengan ayam yang lembut isinya mudah saja. Caranya ialah masa kita menggoreng  gunakanlah api yang kecil kerana suhu minyak memainkan peranan penting dalam menentukan kualiti ayam goreng. Nak goreng deep fry dengan minyak yang banyak pun boleh atau goreng biasa dengan minyak yang sikit pun okay jugak tapi wajib goreng dalam kuali atau periuk atau bekas gorengan lain yang ada PENUTUP. Aku huruf besarkan perkataan penutup tu kerana penutup inilah yang memainkan peranan penting melembutkan isi ayam. Cuba kita perhatikan proses mengukus masakan. Bila kita kukus ikan, ayam atau daging, bahagian dalam atau isi kukusan tersebut akan jadi lembut. Bila kita mengukus kita perlu kukus dalam bekas kukusan yang ada penutup. Jika kita ambil konsep ini dalam proses menggoreng ayam maka kita akan dapat hasil yang sama iaitu isi ayam goreng akan menjadi lembut kerana bila kita menggoreng ayam dalam bekas yang tertutup, haba akan terperangkap akan meresap ke dalam isi ayam dan itulah yang akan membuatkan isi ayam jadi lembut.

Jika anda menggoreng cara deep fry, bila minyak dah panas anda boleh masukkan ayam dan terus tutup bekas gorengan tersebut. Biasanya dengan api yang kecil, dalam masa 12 ke 15 minit ayam dah masak. Dalam masa tersebut anda gaullah sekali sekala. Jika anda gunakan minyak separuh tenggelam bukannya deep fry, anda perlu alihkan ayam tersebut pada pertengahan masa menggoreng iaitu lebih kurang 5 ke 7 minit selepas mula goreng supaya kedua-dua side ayam masak sekata. Gorengan dengan api perlahan akan menyebabkan ayam serap minyak oleh itu bila ayam dah masak, angkat dan letakkan dalam bekas yang boleh menapis minyak terlebih dahulu. Kalau nak cepat makan, lepas tapis sebentar pindahkan ayam tersebut dalam bekas yang dilapik dengan tisu penyerap minyak. Tapi kalau anda dah lama tapis ayam tu dalam bekas penapis tak perlu lagi guna tisu penyerap minyak ketika dihidang. Ayam yang siap diproses dengan tepung dan segala bagainya yang ada biasa dijual kat pasaraya tu pun boleh digoreng dengan cara begini. Anda akan dapati isinya menjadi lembut dan luarnya rangup. Tapi pastikan anda defrost ayam sepenuhnya dahulu sebelum anda memulakan gorengan. Okay tuan-tuan dan puan-puan, selamat mencuba. Semoga perkongsian ini memberi faedah kepada kita semua. Insya Allah.

4 comments: