Thursday, 8 January 2015

Resepi air asam pencicah ikan bakar yang sungguh sedap

Kalau pekena ikan bakar mesti ada air asam buat pencicahnya. Kalau air asam tak ada, potong cili api, bawang merah dan bawang putih lepas tu taruh kicap manis pun ok. Tapi ikan bakar lawannya yang afdal mestilah air asam. Kadang-kadang kita makan ikan bakar di restoran ada masa air asamnya okay dan ada juga yang tak okay. Kalau dapat air asam yang cair semacam je mulalah rasa tawar hati nak makan tapi nasi dah terhidang makan ajelah sambil merungut dalam hati. Nak marah-marah depan rezeki tak elok. Simpan dalam hatilah, lain kali sure tak akan datang lagi dah. Air asam yang sedap biasanya kita tengok pun dah tau. Ianya mesti nampak pekat tapi bukanlah pekat sangat. Sedang-sedang macam tu. Air asam yang pekat dan rasanya yang ada kombinasi masam, manis, masin dan pedas barulah sedap dibuat pencicah ikan bakar. Selalu kalau aku makan ikan bakar, air asamnya tak menepati citarasa. Sejak dari itulah aku buat resepi sendiri. Tokok tambah mana yang patut akhirnya dapatlah air asam yang menepati citarasa aku sendiri. Hari ni aku nak kongsi resepi air asam yang aku sendiri rasa sedap.....hehe. Tak ada banyak bezanya dengan air asam biasa cuma cara olahan dan kuantiti bahan yang kita gunakan akan menentukan kesedapannya.

Okaylah, duk merapu panjang sangat. Ni cek nak turunkan ilmu air asam resepi terbaik Pak Mat.....hehe. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua.

Kombinasi kepekatan, warna dan rasa.
Bahan
1 biji tomato dibelah dua
4 biji bawang merah (bawang kecil ye)
Belacan lebih kurang sebesar sebiji atau sebiji setengah bawang merah (bakar dulu ya)
Asam jawa sebanyak lebih kurang sebiji tomato saiz sederhana
10 tangkai cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
1 tangkai cili merah di potong 2
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air masak ( kalau kurang boleh tambah lagi sikit)
2 biji limau kasturi

Cara
1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Tuang ke dalam blender.
2. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisarlah macam biasa.
3. Dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi potong ikut suka - dadu boleh hiris pun ok. Baki separuh cili merah hiris halus. Cili api hiris halus jugak. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. Lepas tu perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
4. Rasa dulu. Kalau agak kurang masin tambah garam. Kurang rasa manisnya tambah gula. Kemudian kacau bagi gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
5. Kalau air asam ni nak diadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. Jadilah ia air asam utara.
6. Kalau nak tambah bunga kantan pun blh. Hiris halus kemudian campur dan gaul sebati.
7. Bahan-bahan yang kita kisar tadilah yang membuatkan air asam ini menjadi pekat. Kalau tidak dikisar, ia akan kelihatan cair dan tidak menyelerakan. Selamat mencuba.

26 comments:

  1. Rasa masam manis, memang sedP BUAT CICAH IKAN CELUP TEPUNG . TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas resepi patutlah saya buat cair rupanya nk kena blender.

    ReplyDelete
  3. terima kasih pak mat kerana buat ikan bakar kuah asam memang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. terima kasih juga kerana sudi mencuba dan berkunjung ke blog ini.

      Delete
  4. terima kasih atas perkongsian ini..saya dah cuba.. sedap

    ReplyDelete
  5. Klau xde tomato n limau kasturi xpe ke..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tomato kena ada. limau kena ada jugak. samada nak buh limau kasturi atau limau nipis okay je. kalau 2 bahan asas ni tak ada air asam rasa kurang sedap.

      Delete
  6. tq admin. boleh cuba nie..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian ilmu..boleh cuba nt:)

    ReplyDelete
  8. pak mat... aku dah try air asam resepi hang... sedap...
    aku Din.. dulu tinggal depan rumah syed ali...
    terima kasih kongsi resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Din. Hang apa habaq. Aku ingat lagi hang. Lama sungguh tak jumpa. 35 tahun ada rasanya. Duk mana la ni?

      Delete
    2. Terbaik lah.dah cuba.rasa sangat sedap..terima kasih atas resepi ni...

      Delete
  9. Terima kasih share resipi ni. Nanti nk cuba jgk

    ReplyDelete
  10. Sy da cuba,sedap....thanks untuk resipi ni...

    ReplyDelete
  11. saya dah cuba.. mmg terbaik!! tq sngt.

    ReplyDelete
  12. saya dah cuba.. mmg terbaik! TQ :)

    ReplyDelete
  13. Baru nak Cuba...insha Allah Nampak cam sedao...nak cicah ngan perut lembu...suami
    suke..tima ksh pak Mat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa........babat kata org jawa. Isteri & mak mertua saya mmg suka sangat yang satu ini :)

      Delete
  14. Baru je try resepi pak mat tadi, mmg sedap kena dgn tekak. Terima kasih

    ReplyDelete