Wednesday, 9 December 2015

Dongeng Hikayat 1001 Malam

 

Dulu, masa kecil selalu dengar kisah dongeng. Masuk sekolah rendah, bila dah pandai membaca selalu juga aku cari buku cerita dongeng. Cerita dongeng ni seronok baca sebagai hiburan. Kalau layan fantasinya bila nak tidur lagi best. Boleh berangan jadi hero segala bagai. Dongeng sekarang dengan dongeng dulu dah tak sama. Dongeng sekarang bila dengar rasa nak muntah. Tekak jadi seloya-loyanya. Begitulah yang aku rasakan.

Friday, 20 November 2015

Teknik FX - Teknik nak cepat kaya

Gatal tangan aku nak menulis. Aku ingat hari ni aku nak turunkan teknik nak masuk entry forex lagi sekali. Yang sebelum entri ni guna time frame 1 jam. Tapi kali ini guna time frame 30 minit. Teknik ini aku namakan Teknik Cepat Kaya. Teknik ini bukan sahaja boleh bagi cepat kaya. Terlungkup pun cepat jugak. Oleh itu berhati-hatilah bila belajar ilmu melalui internet. Kalau boleh bila nak belajar carilah guru. Dah dapat guru lihatlah pulak sanadnya......hehe. Teknik ini aku reka sendiri. Pada aku okay la tapi aku tak berapa suka entri yang berpandukan time frame yang kecil. Kalau aku buat entri, biasanya aku akan tengok signal dari time frame 1 hour tapi secara peribadi aku suka berpandukan kepada signal yang aku dapat dari time frame 4 hour. Paling baik ialah check tiap-tiap time frame dari 30 minit sehinggalah weekly. Keputusan entri adalah berdasarkan kepada signal daripada time frame mana yang lebih kuat. Begitulah cara aku.

Kalau main time frame kecik iaitu 5 minit, 15 minit dan 30 minit jangan target profit tinggi. 10 pip dah cukup baik. Kalau main time frame 15 minit tapi target profit sampai 50 pip susah sikit la nak dapat. Nak target profit tinggi tengok signal dari time frame besar. Saya syorkan time frame 4 jam. Macam biasa, indi kegemaran aku ialah Stochastic. Cuma lain time frame kena guna lain parameters. Untuk time frame 30 minit aku gunakan 2 Stochastic. yang pertama Stochastic dengan parameters 21,2,2 dan Stochastic yang ke dua Stochastic dengan parameters 100,1,2. Ideanya ialah untuk mencari top dan bottom melalui Stochastic 21,2,2 dalam satu cycle uptrend atau downtrend yang lebih panjang yang akan ditunjukkan oleh Stochastic 100,1,2. Mai kita tengok chart di bawah;

Selain dari Stoch 21,1,2 (Gray) dan Stoch 100,2,2 (Yellow) pada main window ada Moving Average 20 (White), Moving Average 100 (Red), Daily Pivot (Dodger Blue) dan Weekly Pivot (Magenta).




















Ringkasan & fungsi indi-indi yang ada kat chart di atas adalah seperti berikut;

1. Daily Pivot (dodger blue)
Fungsinya ialah untuk menunjukkan support dan resistance untuk hari tersebut. Kalau tengah uptrend daily pivot akan jadi support harian. Kalau tengah downtrend daily pivot akan jadi resistance harian. Selagi harga tidak melintasi garisan ini maka selagi itulah trend semasa sah. Jangan keliru pulak. Daily Pivot memang ada support dan resistance line dia sendiri tapi kat chart aku tu dah di modified oleh aku sendiri. Aku buang support dan resistance line dia. Kalau line tu nak dibuang secara kekal kena ubah sikit kat file MQ4. MQ4 ialah Meta Trader programming language. Yang ni tak payah ambil tau lah. Aku dulu ada banyak masa, sikit-sikit aku boleh adjust. Banyak-banyak aku pun tak tau.

2. Weekly Pivot (magenta)
Fungsinya ialah untuk menunjukkan support dan resistance untuk seminggu. Kalau tengah uptrend weekly pivot akan jadi support mingguan. Kalau tengah downtrend weekly pivot akan jadi resistance mingguan. Weekly Pivot merupakan support dan resistance line yang sangat kukuh. Perubahan trend jangkamasa panjang berlaku bila price berjaya melepasi support dan resistance ini.

3. MA20 (white) dan Stochastic 21,2,2 (yellow)
Kedua-dua indi ini saling berkaitan. Bila price cross MA20, Stoch 21,2,2 akan cross line 50. Maksudnya bila Stoch 21,2,2 berada di atas garisan 50, price sepatutnya berada di atas garisan MA20. Jika Stoch 21,2,2 berada di bawah garisan 50 bermaksud  price sepatutnya berada di bawah garisan MA20. Cycle Stoch ini merupakan trend jangka pendek.

4. MA100 (red) dan Stoch 100,1,2(gray)
Kedua-dua indi ini juga saling berkaitan. Bila price cross MA100, Stoch 100,1,2 akan cross line 50. Maksudnya bila Stoch 100,1,2 berada di atas garisan 50, price sepatutnya berada di atas garisan MA100. Jika Stoch 100,1,2 berada di bawah garisan 50 bermaksud  price sepatutnya berada di bawah garisan MA100. Cycle Stoch ini merupakan trend yang lebih panjang. Dalam satu trend yang panjang ada beberapa trend pendek. Trend yang pendek itu dalam teknik ini ialah cycle yang ditunjukkan oleh Stoch 21,2,2. Maksudnya jika Stoch 100,1,2 berada di atas garisan 50 (iaitu dalam keadaan uptrend) masa yang sesuai untuk beli ialah bila Stoch 21,2,2, sedang bottom (bacaan dibawah 20 atau paling baik ialah bacaan 0). Nampak tak rule buy low kita apply kat sini. Kalau nak sell high tunggu S21,2,2 naik sampai bacaan 100. Kat situ sell highlah. Kalau nak lagi high tunggu pulak S100,1,2 sampai ke bacaan 100.

Sekarang aku nak tunjukkan cara aku cari entry point. Rujuk chart di bawah;

Garisan menegak 1 dan 2 ialah entri BUY. Tengok Stoch 21,2,2 berada pada bottom sedangkan Stoch 100,1,2 berada di atas garisan 50. Maksudnya jangka panjang adalah uptrend maka kita cari point yang paling baik untuk buy low/bottom. Bila Stoch 21,2,2 naik balik sampai kepada bacaan 100 barulah kita exit. Aku biasanya tak tunggu sampai ke situ. Agak-agak Stoch 21,2,2 sampai 80 aku dah exit atau kadang-kadang target profit dah sampai aku cabut la.

Garisan menegak 3 ialah entri SELL sebab Stoch 100,1,2 dah berada di bawah garisan 50. Setakat aku tulis ni itulah price yang latest untuk USDJPY. Hampa tengoklah sendiri nanti kalau sell lebih kurang kat area harga tu apa jadinya. Aku pun tak tau boleh untung atau rugi. Tapi berdasarkan teknik ini, harga seterusnya akan turun. Setakat 10-20 pip aku rasa boleh dapat. Price kat area yang aku maksudkan tu ialah 122.97.

Kalau la entri dah buat tetiba Stoch 100,1,2 reverse, apa kita nak buat? Bila jumpa keadaan macam ni rujuk kepada chart di bawah;
Tengok line menegak sebelah kiri. Pada masa Stoch 21,2,2 sedang top, Stoch 100,1,2 sedang cross garisan 50 up (tempat bertanda x). Kalau anda ada entri sell ketika ini, anda tunggu masa sesuai untuk cut loss kerana trend jangka panjang sedang mula untuk berubah. Bilakah masa trend ini sah berubah? Tengok Stoch 100,1,2. Jika ia bergerak naik melepasi garisan 80 bermakna perubahan trend adalah sah. Masa ni kalau masih ada entri sell sila cut loss secepat mungkin.

Sama juga bila anda ada entri buy pada masa Stoch 100,1,2 sedang cross garisan 50 down macam yang terjadi pada garisan menegak sebelah kanan tu. Tunggu bila perubahan trend daripada uptrend kepada downtrend sah iaitu bila Stoch 100,1,2 berjaya cross garisan 80 down barulah anda cut loss. Lawan pun tak guna sebab kita tak tahu sejauh mana penurunan akan terjadi. Tapi kalau nak agak sejauh mana penurunan harga akan pergi, memang boleh. Ada caranya. Yang ni aku cerita lain kali.....hehe sebab hari ni aku dah penat menaip. Okay, kepada peminat forex, semoga entri ini dapat membantu anda buat pip hijau. Kalau dapat pip merah jangan marah aku pulak no....................hehe. Jika ada kemusykilan sila tinggalkan soalan di ruangan komen. Insyaallah ada masa saya jawab.

***************************************** 

Sekarang aku nak update apa jadi kalau betul kita ada entri sell at 122.97 lebih kurang pukul 11.45am tadi. Sekarang pukul 3.11pm. Aku tak masuk position ni sebab aku ada position lain....hehe (yang tentunya lebih lumayan). Jom kita tengok chart di bawah;

Ini chart entri sell 122.97 pukul 11.45am;
Current price 122.98. Aku kata tadi 122.97. Kira 122.97 lah. Senang
  Ini pulak chart aku snapshoot pukul 3.11p;
Stoch 21,2,2 touch bottom lebih kurang pukul 2.00pm. Harga terendah ialah 122.76.



















Beza harga open dan close ialah 21 pips. Aku kata kalau main TF5, 15 dan 30 minit profit 10 pip dah cukup. Jangan nak makan banyak sangat. Kalau nak makan banyak takut tak sempat sampai. Asal pip hijau last-last jadi merah. Macam kat chart di atas tu. Lepas sampai bottom 122.76 price naik balik. Kalau nak makan banyak kan dah melepas.

Wednesday, 18 November 2015

Mai kongsi cara aku berhenti merokok.

Masa memandu tadi aku berhenti di persimpangan lampu isyarat. Lampu isyarat yang satu ni selang merah dengan hijaunya sangat lama. Kalau naik teksi, kena pulak masa lampu isyarat baru bertukar merah, tambang teksi boleh bertambah sebanyak RM3.00 sementara menunggu ianya hijau kembali. Aku pernah kena sekali dulu. Masa berhenti tu aku perati betul-betul meter teksi. Aku nampak, waktu berhenti tu saja meter naik sebanyak RM3.00. Punyalah lama. Kenaikan RM3.00 sebenarnya adalah sama dengan masa lebih kurang 7 minit. Cara kiranya macam ni;

Teksi berhenti untuk 36 saat tambang dicharge adalah RM0.25
RM3.00 / RM0.25 = 12
12 X 36 saat = 432 saat
432 saat / 60 saat = 7.2 minit

Tu dia nampak dak. Sekali berhenti lebih kurang 7 minit. Sampai ke situ sekali aku kira kan. Aku ingat tak dak orang lain yang duk kira sampai macam tu sekali. Drebar teksi seronok la. Lagi lama kat lampu merah lagi la masyuk. Kalau jadi penumpang duk belakang, keluh kesah tak senang duduk.......hehe!

Tapi aku sebenarnya bukan nak cerita pasal lampu isyarat atau tambang teksi. Masa aku sampai kat lampu isyarat tu tadi, ngam-ngam lampu bertukar ke merah. Aku berhentilah, kereta paling depanlah kiranya. Ada tiga lorong. Aku lorong kanan sekali sebab nanti aku nak membelok ke kanan. Tengah mengelamun sorang-sorang ada la sorang pakcik naik motor berenti depan kereta aku. Aku tengok dia seluk poket keluarkan rokok dan lighter. Nyalakan rokok terus dia sedut dalam-dalam. Sempat lagi berasap pakcik ni. Hisap rokok biasalah. Yang aku tak boleh tahan geli hati tu bila aku tengok muka pakcik tu melalui cermin sisi motor dia. Memang ngam-ngam cermin tu halakan muka dia ke pandangan mata aku. Aku tengok pakcik tu sedut rokok dia sampai senget-senget mulut dia. Punyalah sungguh-sungguh dia menikmati keenakan asap rokok dia tu. Bukan sekali. Tapi berkali-kali macam tu. Tiap kali dia sedut asap rokok mesti mulut dia senget-senget. Agaknya nikmat sangat kot. Dahsyat betul nikmat merokok ni kan. Tengah panas pun nikmatnya ada lagi. Kalau hujan-hujan lagilah nikmat kot.

Aku ni bukan apa. Dulu-dulu dalam sepuluh tahun lepas aku pun perokok tegar.....hehe. Aku tahu nikmat merokok ni. Dia punya gian memang power. Aku dulu merokok 2 kotak sehari. Sekotak 20 batang. Maknanya aku menghisap rokok sebanyak 40 batang sehari. Tapi kan, segian-gian macam mana pun merokok ni tetap dikira membazir. Benda yang tidak berfaedah. Sepatutnya kerajaan haramkan sahaja rokok sebab ianya tidak membawa banyak faedah. Faedah hanya kepada penanam tembakau. Kepada pengguna tembakau banyak mudharatnya. Perokok memang menentang kalau rokok diharamkan di negara kita sebabnya orang gian mana kira mudharat ke tidak. Aku fikir kalau kerajaan naikkan cukai banyak mana pun, jumlah perokok tidak akan berkurangan. Inilah akibatnya bila rokok dijadikan bahan yang dicukai. Kalau terus diharamkan maka tak dapatlah cukai, kuranglah hasil kerajaan. Sepatutnya cukai judi, arak, minuman keras dan tembakau tidak perlu dijadikan punca hasil pendapatan negara. Maknanya kemungkinan kerajaan nak mengharamkan rokok memang tak ada sebab ianya merupakan sumber pendapatan kerajaan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang di mana harga petroleum merudum di bawah paras USD50 setong. Petroleum merupakan sumber pendapatan utama negara. Bila petroleum menyumbangkan hasil pendapatan yang berkurangan, pergantungan kepada sumber pendapatan lain meningkat. Ini termasuklah cukai tembakau. 

Hai panjang betul aku melalut hari ini. Sekali-sekala ulas isu semasa apa salahnya kan. Pada masa ini, ketidakpuasan hati rakyat marhaen kedengaran di mana-mana. Kita sekarang tak boleh nak harapkan apa-apa dari pemimpin. Dia orang sibuk mencari fulus. Bukan sibuk bekerja untuk rakyat yang diwakili. Sekarang ni memang betul-betul terbalik kot. Sepatutnya pemimpin ikut cakap rakyat sebab rakyat yang melantik mereka melalui undi pilihanraya. Dengar keluhan rakyat. Laksanakan apa yang rakyat mahukan. Apa yang berlaku kini ialah rakyat pulak kena ikut cakap wakil rakyat. Wakit rakyat jadi bos instead of jadi hamba rakyat. Dia orang bangga buat apa yang rakyat tak suka. Dah tu pulak paksa rakyat terima apa yang dia orang buat. Ciss......permainan apakah ini. Apakah anda perasan apa yang aku rasakan ini?

Hehe......sekadar luahan hati. Apa yang aku nak ceritakan sebenarnya ialah pasal berhenti merokok. Aku dulu perokok tegar. Untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat di luar sana yang masih lagi merokok, jika anda mampu berhentilah merokok. Banyak faedahnya. Jika duit beli rokok anda simpan, dalam sebulan anda mungkin boleh berjimat sehingga RM300. Jika anda sedekahkan sebanyak RM300 sebulan anda tahu tak apa ganjaran yang anda dapat? Aku pun tak tahu sebenarnya sebab Allah swt memang tak sebut ganjarannnya. Kalau diberitahu ganjarannya pasti semua manusia yang beriman akan menyedekahkan harta mereka sehingga barangkali tidak ada apa yang tinggal untuk kegunaan mereka sendiri. Mari kita lihat ganjaran bersedekah melalui firman Allah swt dalam ayat berikut;

Allah Ta’ala berfirman,

وَإِنْ كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَى مَيْسَرَةٍ وَأَنْ تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 280)

Perhatikan potongan ayat ini "Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

Sedekah itu adalah amat bernilai ganjarannya jika kita mengetahui. Malangnya kita tidak mengetahui ganjaran yang Allah swt janjikan tersebut. Ianya kekal rahsia Allah swt. Ianya pastilah ganjaran yang sangat bernilai sebab itulah ada ungkapan "jika kamu mengetahui'.

Kisah aku, dulu aku perokok tegar. Nak jadikan cerita dan mungkin juga rezeki aku. Satu hari aku kena demam selsema yang teruk. Dada penuh kahak. Tekak sakit dan gatal. Hidung tersumbat. Tapi nafsu merokok tetap ada. Malangnya bila menyedut asap rokok, kerongkong tak boleh terima. Dada juga terasa sesak. Baru sekali sedut terus terbatuk-batuk. Tak boleh nak teruskan sedutan kedua, ketiga dan seterusnya. Lepas sekali sedut terus buang. Selepas 2-3 jam cuba hisap rokok lagi. Sama jugak. Tak mampu nak sedut asap rokok. Dada rasa nak pecah. Terpaksalah aku berhenti merokok masa demam tu. Tiga hari aku demam. Hari ke empat demam dah kebah. Aku ingat nak merokok semulalah. Badan dah sihat ni. Sedap melepaskan gian. Tapi bila aku pegang puntung rokok untuk dinyalakan aku terfikir dah tiga hari aku berhenti merokok. Kenapa aku boleh berhenti dalam masa tiga hari yang aku demam tu. Kalau waktu demam aku boleh buat kenapa waktu sihat aku tak boleh buat. Akhirnya aku buat keputusan. Baiklah aku berhenti merokok. Aku dah berhenti selama tiga hari, aku akan teruskan berhenti selamanya. Aku ambil semua rokok aku. Aku renyuk-renyukkan kemudian aku buang dalam tong sampah. Alhamdulillah, kisah tersebut telah sepuluh tahun berlalu. Aku kini bukan lagi seorang perokok. Aku kini bebas rokok sepenuhnya. Apa yang aku nak sampaikan ialah, kalau nak berhenti merokok semuanya ada dalam kawalan minda kita. Kalau minda kita kata boleh maka bolehlah ia. Jika minda kata tak boleh maka tak bolehlah ia. Minda kita, kita sendiri yang kawal. Jadi, kenapa tak boleh. Bukankah ia di bawah kawalan kita sendiri?

Monday, 16 November 2015

Pipsterian - sistem dan teknik trading forex cara aku, kalau siapa nak boleh ambil. Free sahaja.

Hari ini aku nak turunkan ilmu pasal forex. Aku rasa ilmu yang aku nak turunkan ini berguna kepada sesiapa yang bergiat dalam bidang ini. Aku nak turunkan ilmu berkaitan dengan sistem yang aku pakai dalam menentukan samada nak LONG atau nak SHORT. Aku namakan sistem ini Sistem Pipsterian. Sesiapa yang berminat boleh apply sistem ini. Aku bagi free saja. Aku pun dapat ilmu forex kebanyakannya dari internet jadi apa salahnya aku bagi balik ilmu aku via internet jugak. Aku dah apply sistem ini. Berbaloi-baloi pulangannya. Sebab itulah aku nak kongsikan kat sini. Kalau boleh biar kita sama-sama boleh dapat pip hijau. Sistem olahan aku ni ada syaratnya kalau nak digunakan. Syaratnya ialah setiap entri hanya guna 0.001% sahaja daripada jumlah modal. Jika modal/deposit anda USD1000 maka setiap entri sepatutnya hanya bernilai USD1 sahaja. Dengan jumlah ini anda tidak akan terdesak dengan margin call jika price bergerak ke arah bertentangan. Jika anda buat entri tambahan untuk average hadkan kepada total exposure setakat USD3 sahaja.

Okay, mula-mula kita tengok dulu komponen-komponen indikator yang aku gunakan. Gunakan time frame 1 jam. Graf di bawah ini menunjukkan indikator pertama iaitu Moving Average yang ditunjukkan oleh garisan putih;

USDCAD TF1H. MA 20 days, linear weighted, close.


















Indi ke dua juga Moving Average yang ditunjukkan oleh garisan merah;
Tambah MA 100 days, linear weighted, close.


















Indi ke tiga Daily Pivot. Ditunjukkan oleh garisan dodger blue;
Tambah Daily Pivot. Pivot line shj. Support dan resistance line tak perlu. Position yang open tu adalah real. bukan demo.



















Indi ke empat Weekly Pivot. Ditunjukkan oleh garisan Magenta;
Tambah Weekly pivot. Pivot line shj. Support dan resitance tak perlu. Tapi kalau nak masukkan ok.


Indi ke lima ialah Stochastic Oscillator. Ditunjukkan oleh garisan berwarna kuning;
Tambah Stochastic. Setting 14,2,2.

 Indi ke enam Stochastic Oscillator lagi. Garisan kuning juga;
Tambah Stochastic. Setting 50,2,2.



Last, indi ke tujuh, MACD. Ambil perhatian, saya guna signal line shj. Lain-lain abaikan;
MACD signal line shj. Setting 12,26,9. Letak pada window yg sama dengan Stochastic 50,2,2. Jika semua indi dah lengkap, beginilah sepatutnya rupa chart kita. Yang kat atas kanan tu adalah clock. Current time untuk major cities.
Kedua-dua stochastic tu letakkan level 20, 50 dan 80. MACD pulak fixed minimum dan maximum pada jumlah yang sama. Contohnya maximum ialah 0.0042 maka minimum ialah -0.0042. Jangan keliru, maximum tu positive value manakala minimum negative value. Sekarang aku nak cerita macam mana nak guna sistem yang ada ni. Semua indi yang aku letak tu ada fungsinya. Kalau tak ada fungsi jangan letak. Jadi semak. Boleh pening kepala tambah-tambah lagi bila position tengah lost.....hehe. Kalau dengan sistem aku ni walaupun position tengah lost aku rilek aje sebab aku tau nanti dia akan gain balik. Tengok macam real position aku sekarang tengah lost 10 pip. Aku Long 1.3310. Current price 1.3300. Kita tengok nanti akhirnya apa jadi.

Okay cara guna mula-mula tengok signal line MACD. Kalau signal line ini berada di atas garisan 0 maksudnya ialah uptrend. Kalau signal line berada di bawah garisan 0 maksudnya downtrend. Bila kita tengok signal line ini kita dah boleh tahu market sekarang uptrend atau downtrend. Macam USDCAD kat graf tu sekarang dalam keadaan uptrend. Maksudnya masa ni LONG saja la. Tapi pada price berapa kita nak LONG. Kat sinilah gunanya Stoch 14,2,2. Tujuan aku letak indi yang satu ni ialah untuk cari bottom pada masa uptrend. Ingat konsep trading saham. Buy bottom sell top. Hehe cakap senang la, mana nak tau kat mana top kat mana bottom? Dengan sistem yang aku bina ini, aku boleh agak kat mana top dan kat mana bottom melalui indi Stochastic tersebut. Dalam keadaan uptrend (MACD signal line berada di atas garisan 0), perhatikan Stochastic 14,2,2. Bila ia mencatat bacaan kosong, itu adalah bottom price. Dan biasanya juga, bila Stoch bacaannya sampai kepada 0, price akan menyentuh Daily Pivot. Daily Pivot di sini bertindak sebagai support. Jika price berjaya turun melepasi daily pivot maka support seterusnya adalah Weekly Pivot. Weekly Pivot adalah support yang sangat kuat. Position LONG sepatutnya dibuka bila price sampai kepada daily pivot. Boleh buka position LONG lagi bila price terus turun hingga sampai kepada weekly pivot dengan syarat MACD signal line masih berada di atas garisan 0. Jika MACD signal line turut turun melepasi garisan 0 maka cepat-cepatlah anda close semua LONG position sebab price dah pecah support dan sekarang ia sedang heading south. Terima kerugian yang sedikit daripada dapat rugi yang banyak. Setiap kali bila LONG setkan berapa target untung yang kita nak. Biasanya aku letak 20 ke 30 pip sahaja. Pada aku itu dah mencukupi. 

Sebenarnya price paling baik untuk kita close position LONG tadi ialah bila Stoch  14,2,2 naik semula dan sampai kepada puncak/top iaitu bacaan 100. Nak sampai ke situ kena tunggulah mungkin 1 hari atau mungkin juga dalam 2-3 jam shj. Kalau tak nak tunggu sampai ke situ, dapat target 20-30 pip cabut la. Tapi kalau nak tahu kenaikan ini boleh pergi setakat mana, tengok graf kat bawah ni;

USDCAD TF4H. Weekly pivot siap dengan 2 garisan support dan 2 garisan resistance.

Aku agak price boleh naik sampai kepada garisan biru iaitu garisan resistance atau halangan yang pertama sekitar 1.3369-70. Daripada harga sekarang, ada ruang untuk kenaikan sebanyak lebih kurang 70 pip lagi. Daripada 70 pip ini, kita ambil 20-30 pip dah cukup. Jangan terlalu yakin. Ada masanya market crash, contohnya bila US Fed Reserve turunkan kadar faedah. Masa tu, apa indi pun dah tak guna dah. Bila  investor panik, pegerakan harga dah tak mengikut fundamentalnya. Sistem yang aku guna kat atas tadi hanya untuk TF1H sahaja. TF4H lain pulak. Daily lain dan weekly pun lain. Selalunya aku akan tengok daripada TF1H kemudian 4H, lepas tu daily then weekly untuk jangkakan berapa kuat trend yang ada sekarang. Untuk TF4H, Daily dan weekly aku akan cerita dalam entri lain, jika ada permintaan. Kalau tak ada permintaan aku diam-diam sajalah haha. 

Point yang penting LONG aku dah cerita. Untuk SHORT pulak, tunggu bila MACD signal line berada di bawah garisan 0 kemudian cari top. Ingat, kalau SELL/SHORT cari top. Kalau BUY/LONG cari bottom. Nak cari top tunggu la Stoch 14,2,2 sampai kepada bacaan 100. Aku biasanya bacaan 90 pun dah masuk. Kalau terus naik sampai 100 aku masuk lagi sekali. Target price yang aku setkan biasanya 20 atau 30 pip daripada entri yang paling baru. Contohnya SHORT kali pertama 1.3310. Target price ialah 1.3290. Jika price naik kepada 1.3320 dan aku SHORT lagi sekali maka target price yang baru untuk kedua-dua entri tadi ialah 1.3300. Entri pertama tadi kalau untung hanya dapat 10 pip tapi entri kedua tetap dapat 20 pip. Dua-dua ni jika sampai target berapa kita dapat? 30 pip kan. Okay la tu. Pada aku cukuplah. Kadang-kadang tak sampai 1.3300 pun aku dah cabut kalau aku rasa profit dah cukup......haha.

Sekarang aku nak jelaskan satu-satu apa benda banyaknya indi yang aku gunakan dalam sistem yang aku olah dan reka sendiri ni;
1. Moving Average 20 days
Bandingkan MA 20 days dengan Stoch 14,2,2. Bila price berada di atas garisan MA20, Stoch berada di atas garisan 50. Bila Stoch berada di bawah garisan 50, price mesti berada di bawah MA20.

2. Moving Average 100 days
Bandingkan MA 100 days dengan (1) MACD signal line yang merentasi garisan 0 dan (2) Stochastic 50,2,2 cross garisan 50. Price cross MA100 up adalah sama dengan (1) MACD signal line cross garisan 0 up dan (2) stochastic 50,2,2 cross garisan 50 up. Price cross MA100 down adalah sama dengan (1) MACD signal line cross garisan 0 down dan (2) stochastic 50,2,2 cross garisan 50 down. Maksudnya bila (1) MACD signal line berada di atas garisan 0 dan (2) Stochastic 50,2,2 berada dia atas garisan 50, price mesti berada di atas garisan MA100. Price yang turun menyentuh garisan MA100 pada masa ini sebenarnya adalah peluang LONG. Begitu juga bila (1) MACD signal line berada di bawah garisan 0 dan (2) Stochastic 50,2,2 berada di bawah garisan 50, price sepatutnya berada di bawah garisan MA100. Jika price naik dan menyentuh garisan MA100 pada ketika ini, maka itu ialah peluang SHORT. Ini satu lagi panduan untuk open position selain cari bottom dan top macam aku cerita kat atas tadi.

3. Daily Pivot
Indi ini ialah tanda untuk open position yang pertama. Open position LONG jika price turun hingga garisan ini pada masa uptrend. SHORT jika price naik ke tahap ini pada masa downtrend. Daily pivot yang membentuk halangan dan sokongan ini boleh pecah. Jika pecah, entri berikutnya adalah weekly pivot dan juga garisan MA100. Maksudnya boleh average. Nak average kena tengok syarat aku tulis mula-mula tadi.

4. Weekly Pivot
Ini adalah sebagai panduan untuk melihat support dan resistance yang kukuh. Jika pecah suppport dan  resistance ini bermaksud trend jangka panjang kemungkinan besar akan berubah. Jika kita ada position dalam keadaan yang berlawanan trend, adalah lebih baik close semua position untuk mengelakkan kerugian yang lebih besar.

5. Stochastic 14,2,2
Rujuk penerangan MA 20 days di atas.

6.  Stochastic 50,2,2
Rujuk penerangan MA100 days di atas.

7. MACD signal line
Rujuk penerangan MA100 (yang juga penerangan untuk Stochastic 50,2,2) di atas. 

Tamat sudah penerangan untuk sistem Pipsterian. Kalau sesiapa nak bertanya sila tinggalkan soalan pada ruangan komen. Kalau ada sesiapa nak apply, silakan. Ini adalah trading system untuk dikongsi bersama. Lain kali aku buat entri cara nak tengok kekuatan trend semasa. Gunanya ialah, jika kita tahu current trend sangat kuat, kita boleh letakkan TP yang lebih tinggi. Sebaliknya jika current trend tak cukup kuat maka TP kena letak rendah sikit.

Okay, sekarang aku nak update entri aku pada real account tadi. Mula-mula LONG USDCAD@1.3310. Bila price turun aku average. Buat lagi satu entri LONG USDCAD@1.3303. Jadi TP aku untuk kedua-dua LONG ialah 1.3323 iaitu entri terbaru + 20 pip (1.3303+20pip = 1.3323). Entri pertama pukul 2.22pm. Entri ke dua pukul 3.30pm. Harga terendah ialah 1.3290. TP tercapai pada lebih kurang pukul 6.25pm.

Local time 6.27pm. Current price 1.3317. Sudah off peak. High 1.3326. TP sudah sampai la. Satu point penting kat sini sila ambil perhatian baik-baik iaitu "Price yang turun menyentuh garisan MA100 pada masa ini sebenarnya adalah peluang LONG". Ayat ini ada pada penerangan berkaitan indi MA 100 days kat atas tadi. Tengok price pada chart di atas, bukankah price turun hingga menyentuh MA100?














Open 1.3303. High 1.3326. Low 1.3301. Current 1.3317











Lihat Stochastic 14,2,2 naik baru nak sampai garisan 50 sahaja TP 1.3323 dah sampai. Bayangkan kalau Stoch naik sampai 100, berapa agaknya price di kala itu...................... :). Dua graf yg atas tu aku crop dari yg satu ni.
Jumlah pip untuk dua entri ini ialah 33 pip. 
Entri pertama 1.3323-1.3310 = 13 pip. 
Entri kedua 1.3323-1.3303 = 20 pip.
Entri pertama campur entri kedua iaitu 13 pip + 20 pip = 33 pip. 
Kalau 1 dollar per pip maksudnya dapat 33 dollar.

Sekarang jom tengok kadar tukaran USD dengan RM pada masa ini;
Open 4.3828  High 4.3838   Low 4.3808  current 1.4838







Hehe........secara kasarnya trading profit untuk entri tadi ialah 33X4.38 = RM144.54.
Apa macam........................lu fikirlah sendiri.

Monday, 9 November 2015

Resepi orang bujang - Tumis Labu Air.

Hari ini aku jadi orang bujang. Kelmarin, isteri dan anak-anak pergi ke Ipoh. Aku tak ikut sekali sebab ada urusan di sini. Hari ini aku cuti. Malas la pulak nak memandu sorang-sorang ke Ipoh. Duk rumah ajelah rehat-rehat. Teringin pulak nak makan sayur labu air tumis. Apa punya mengidam la. Orang kalau mengidam carilah yang lain macam sikit. Ini mengidam nak makan labu air je....haha. Kalau aku masak labu air tumis apa pulak lauk aku. Fikir-fikir punya fikir baik aku goreng ikan talapia lepas tu potong bawang dan cili api bancuh dengan kicap buat cicah ikan goreng. Best jugak ni. Masak pun mudah je. Apa lagi, ke pasarlah kita.

Jenuh cari kat pasar hari ini, boleh pulak tak ada ikan Talapia merah. Yang ada  Talapia hitam je. Belasah jelah. Ikan pun kecil-kecil. Ingat nak cari seekor yang besar. Dah tak ada, Talapia hitam yang kecil pun bolehlah. Lepas tu beli Labu Air sebiji dan udang sikit. Masa nak balik terjumpa pulak kawan. Lepak dulu la kat kedai kopi. Habis terbantut program aku nampaknya. Sembang-sembang tak sedar dah pukul 11.30 pagi. Meeting tamat dan kita orang pun bersurai. Bersemangat aku nak balik. Nak goreng ikan dan masak tumis labu air. Kalau orang bujang nak masak kat rumah dan pening fikir nak masak apa cuba la resepi yang simple ini. Senang aje nak buat. Cepat. Bahan-bahannya pun murah. Mai tengok dulu hasil kerja aku kat dapur hari ini, lepas tu resepinya sekali. Ikan goreng sama sambal kicap tak payah resepilah. Buat malu je kalau aku buh kat sini........hehe.

Labu Air tumis

Talapia goreng

Cili Api dan bawang berkicap untuk cicah ikan goreng

Resepi Labu Air tumis

Bahan-bahan
1/2 atau 1 biji Labu Air
Udang sikit (10 ekor oklah, nak lebih pun boleh), buang kulit dan bersihkan.
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Halia sikit*
Belacan sikit (sikit je, jgn banyak sgt)*
1 biji cili merah*
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk cukup rasa
1 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis.

Cara
1. Labu buang kulitnya dan potong kecil-kecil. Tumbuk kasar bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai naik bau kemudian masukkan Labu Air dan sos tiram. . Tambah air sikit. Gaulkan biar rata. Tutup kuali sekejap dalam 4-5 minit bagi labu empuk.
3. Bila labu dah agak empuk masukkan pula udang. Gaul rata.
4. Bila udang dah kemerah-merahan masukkan garam, gula dan serbuk cukup rasa. Adjust la ikut nak rasa yang macam mana. Aku suka bagi manis sikit baru sedap di makan. Kalau engkau orang suka boleh la buh gula bagi manis sikit senang korang kena penyakit.....haha
5. Dah dapat rasa yang dikehendaki matikan le api. Boleh terus dihidang. Hidang panas-panas lagi best. Kuahnya boleh dihirup macam sup. Itu la yang aku suka :)

Tuesday, 3 November 2015

Resepi sambal petai dengan kulitnya sekali

Yang satu ini memang masakan kegemaran aku. Semenjak dari kecil hinggalah dah tua bangka sekarang ni. Bila aku jumpa masakan ini, teringat aku zaman kanak-kanak dahulu. Teringat aku kepada masakan arwah ibu aku. Masakan yang satu ini memang ada sentimental value kepada aku. Tak tahu kenapa sambal petai orang kampung dulu dia orang masukkan kulitnya sekali. Barangkali tak nak membazir kut. Atau juga kulit petai ada khasiat disebabkan oleh rasa pahitnya itu. Tapi pada aku, disebabkan adanya kulit petai itulah yang membuat rasanya sedap. Selalunya belah utara nu yang duk masak lagu ni. Masak petai cara begini mudah sahaja cuma part kena kikis kulit hijau petai yang rumit sikit. Biasany aku memang kikis kulit petai yang hijau tu. Kalau tak nak kikis pun tak pa tetapi pahit sikitlah rasanya. Kalau nak bagi ada rasa pahit sedikit, kikis kulit hijau sikit-sikit sudah la. Kalau tak nak ada rasa pahit langsung, kikislah rata kulit hijau tu. Aku selalu kikis rata. Tinggal hijau pun sikit-sikit dicelah mata petai sebab part tu sukar nak kikis. Kalau kikis rata memang langsung tak ada rasa pahit bila dimasak nanti. Lepas kikis kulit hijau petai, basuhlah petai tersebut kemudian hiris nipis kulit sekali dengan isinya. Bahagian urat ditepi papan petai tersebut hiris buang.
Masakan kegemaran aku. Sambal petai berkulit.


Resepi Sambal Petai Berkulit

Bahan-bahan
3-4 papan petai kikis kulit hijaunya kemudian hiris nipis
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
belacan sebesar ibu jari*
2 sudu besar cili kisar/cili boh*
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa
minyak untuk menumis

Cara 
Kisar semua bahan yang bertanda *. Aku biasanya kisar sekali dengan cili boh/cili kisar walaupun cili tersebut memang pun dah dikisar. Sebabnya ialah nanti nak tumis kena sekali jugak. Jadi eloklah aku campurkan sekali dan kisar semuanya.

Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar sampai naik minyak. Kemudian perasakan dengan gula, garam dan serbuk cukup rasa. Kalau aku masak resepi ini biasanya aku maniskan sikit. Kalau masinnya kurang, kurang sikit sedapnya. Sukatan gula dan garam tu anggaran shj. Kalau kurang manisnya tambahlah gula. Kalau kurang masin tambahlah lagi garamnya.

Dah dapat rasa yang okay, masukkan petai yang telah siap dihiris. Gaul rata kemudian tutupkan sekejap bagi stim panas melembutkan sikit petai yang keras.

Dalam 3-4 minit macam tu, buka tudung dan gaul rata sekali lagi. Tengok kalau kalau kulit petai dan petai dah sedikit lembut padamkan api dan bolehlah terus dihidang.

P/S - Kalau sebelah utara kadang-kadang dia orang masukkan daging yang dihiris nipis dalam masakan petai cara begini. Masakan dia orang pun sedikit berkuah tapi aku tak berapa suka berkuah jadi resepi masakan ini ikut cara aku kering tak berkuahlah.

Wednesday, 28 October 2015

Belakang kasi taruh..........

Jangan terkejut pulak dengan tajuk entri kali ini. Memang aku maksudkan begitu. Tengoklah gambar kat bawah ni, memang sah belakang kena hentam. Siap sampai terjongket lagi. Power punya taruh tu. Tak boleh tahan wooo.....

Accident pagi tadi di jalan susur masuk MRR2 dari Batu Caves, depan kuil hindu.
Kemalangan macam ini kalau terjadi waktu pagi memang teruklah orang nak pergi kerja. Kesesakan teruk pasti berlaku. Kalau tak ada kemalangan pun berlaku kesesakan inikan pulak bila ada kemalangan. Jadi berhati-hatilah ketika memandu. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Bersopan di jalanraya jadikan amalan hidup kita.

Friday, 23 October 2015

Aircond kereta tak sejuk...........adui la tensionnyaaaaaaaa!

Penghawa dingin kereta kalau ada masalah memang buat kita pening. Kereta aku aircondnya memang bermasalah semenjak awal tahun lagi. Aircond hanya berfungsi dengan baik pada waktu malam atau waktu hujan tapi bila siang hari panas terik atau ketika aku tersangkut dalam kesesakan lalulintas, aircond tak berfungsi dengan baik. Aku yang memandu di depan pun berpeluh apa lagi anak-anak aku yang duduk di tempat duduk penumpang. Aku jadi trauma pulak bila memandu waktu tengah hari atau bila tersangkut dalam kesesekan lalulintas. Banyak kali dah aku buat pemeriksaan aircond kereta yang bermasalah tersebut kat kedai aircond. Sekali pergi ada saja part yang nak kena tukar. Kononnya kalau tukar part tertentu tersebut barulah aircond boleh jadi sejuk. Aku ikut saja tapi bila dah tukar hasilnya sama jugak. Tak ada perubahan pun. Bila cuaca panas aircond macam tak berfungsi. Bila masuk jalan yang sesak sama jugak, aircond tak berfungsi dengan sempurna. Aku tahu ramai orang yang mengalami masalah macam aku ni. Tapi tak ada daya upaya nak mengatasinya. Sama macam aku jugak, pergi ke mekanik yang repair aircond namun hasilnya setelah diperbaiki tetap sama macam sebelum diperbaiki. Lama-lama pasrah sajalah. Nak repair lagi, kena kos tambahan lagi. Macam akulah, dah makan ribu ringgit jugak la kos repair aircond tu. Masalah tak selesai jugak.

Tapi hari ini, aku puas hati sangat kerana masalah aircond kereta aku dah selesai. Rupa-rupanya "cooling coil" yang bermasalah. Sebelum ini aku pernah tukar cooling coil tersebut. Baru lebih kurang tujuh bulan lalu aku tukar cooling coil yang baru. Bukan cooling coil je yang aku tukar, banyak komponen lain juga yang aku tukar. Boleh kata komponen air cond kereta aku semuanya baru kecuali kondenser sahaja yang aku tak tukar. Malahan aku tambah lagi satu kipas kat depan kondenser menjadikan dua kipas semuanya kononnya boleh menyejukkan lagi kondenser tersebut. Tapi hasilnya tetap mengecewakan. Aircond tak juga berfungsi dengan sempurna. Modal dah banyak keluar tapi pulangannya tak ada.

"Cooling coil" aku yang lama sebenarnya masih elok lagi tapi ianya bersaiz kecil. Sebab itulah kereta tak boleh sejuk. Cooling coil tersebut tak mempunyai keupayaan untuk menyejukkan saiz ruang yang besar. Kalau saiz kereta kancil mungkin bolehlah kut. Aku pun tak tahu cooling coil ada saiz kecil dan besar. Aku rasa mekanik yang aku hantar repair sebelum ini pun tak tahu pasal benda ini. Tapi kedai yang aku hantar repair aircond hari ini memang pakar aircond. Aku hanya bagi tahu dia yang kereta aku tu aircondnya sejuk sikit je. Sejuk tak cukup tajam. Aku ceritalah kalau tengah hari atau jalan jem sama macam tak ada aircond. Dia check dalam setengah jam lepas tu dia bagi tau aku suruh tukar cooling coil baru. Katanya cooling koil aku saiz kecil. Tukar ke saiz yang lebih besar. Selesai masalah aku selama berbulan-bulan tu. Punya la senang penyelesaian dia. Itulah aku kata dia memang pakar aircond.

Lepas tukar cooling coil baru terasa aircondnya cukup sejuk. Kembali aku ke dunia asal setelah berbulan-bulan berada dalam alam padang pasir......haha. Selama ini aku betul-betul buang duit tukar komponen itu, tukar komponen ini, semuanya tak berhasil. Kalaulah aku tahu, awal-awal lagi aku pergi ke bengkel aircond yang satu ini. Tentu aku boleh jimat duit ribuan jugaklah kiranya. Kalau anda ada masalah aircond kereta jadi macam aku punya kes tu eloklah anda pergi ke bengkel ini. Aku kasi promote sikit kat sini. Tapi ini hanyalah untuk sesiapa yang tinggal kat Lembah Klang sahaja. Kalau yang duk jauh tu tak kan la nak datang KL semata-mata nak ke bengkel aircond tu je. Tapi kalau nak datang jugak ikut suka lah. Bengkel aircond yang aku maksudkan ini terletak kat Kepong di Jalan Metro Perdana Barat 2. Kalau anda nak cari tempat ini, carilah Stesyen Minyak Petronas. Bengkel ini terletak di belakang stesyen minyak tersebut. Kalau tak jumpa juga anda call tuan punya kedai nama Ah Hock 0173889732. Aku cerita kes aku kat sini sebab aku tahu ada ramai lagi yang menghadapi masalah yang sama. Tak tahu nak buat macam mana lagi dah. Macam aku ni, hari ini aku rasa lega dan lapang sungguh fikiran sebab masalah dah selesai. Aku dah cuba bengkel aircond yang satu ini dan aku puas hati dengan hasil kerja dia orang sebab itulah aku berani syorkan bengkel ini kepada anda semua. Kepada sesiapa yang nak cuba khidmat bengkel ini aku ucapkan selamat berjaya!!!

Friday, 16 October 2015

Lembu oh lembu

Hampa jangan hairan pulak dengan tajuk entri aku kali ini. Aku sebenarnya teringat satu pengalaman masa nak menyambut hari raya haji yang baru lepas ni. Ceritanya bukan pasal lembu korban terlepas atau lembu korban ligan orang. Ceritanya pasal orang muslim Burma atau Myanmar yang datang cari makan kat negara kita ni. Orang Burma yang muslim ada dua etnik. Yang selalu kena tindas ialah Rohingya. Mereka ini tidak diiktiraf oleh kerajaan Burma sebagai warganegara. Dalam kata lain etnik ini tidak mempunyai kewarganegaraan. Etnik ini tinggal ni negeri selatan negara Burma. Burma macam Malaysia juga, terbahagi kepada beberapa negeri. Negeri yang orang Rohingya ni tinggal ialah Rakhine. Ada empat daerah dalam negeri ini iaitu Sittwe, Maungdaw, Kyaukpyu dan Thandwe. Daerah yang paling teruk berlaku penindasan etnik ialah Sittwe dan Maungdaw. Dulu nama bagi negeri ini ialah Arakan. Sekarang dah ditukar ke Rakhine. Samalah macam Burma, itu nama dulu, Nama sekarang ialah Myanmar.

Lagi satu golongan muslim Burma ialah mereka yang diiktiraf sebagai warganegara Burma. Mereka ini tidak tinggal di negeri Rakhine sebaliknya mereka menetap di Yangon (dulu Rangoon), Yangon adalah nama negeri dan juga nama bandar, macam Penang dan Melaka. Mereka ini ramai juga yang datang ke Malaysia. Jika etnik Rohingya datang ke negara kita atas sebab penindasan etnik, muslim yang berasal dari Yangon pula datang ke Malaysia atas alasan ekonomi. Mereka yang tinggal di Yangon walaupun diiktiraf sebagai warganegara Burma tetapi ada juga berlaku penindasan yang tidak dizahirkan dengan nyata. Golongan muslim yang tinggal di Yangon kebanyakannya adalah peniaga. Mereka ini bukan golongan bawahan sebaliknya mereka menguasai ekonomi. Sebab itulah jika anda pergi ke Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur, anda akan dapati mereka inilah yang memenuhi tempat-tempat tersebut. Kalau di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, lebih tepat lagi Bandar Pusat Utara, bersepah segala macam kedai yang diusahakan oleh orang-orang Burma dari Yangon ini. Ada kedai runcit, kedai jahit, kedai telefon bimbit, pemborong makanan sejuk beku, pemborong barangan kering dan basah, pemborong buah-buahan, pemborong sayur, restoran dan segala bagainya. 

Panjang intro cerita ni. Balik kepada cerita lembu tadi. Aku biasa berurusan dengan peniaga warga Burma. Salah satunya ialah penjual ayam kampung. Dia ni bukan sahaja jual ayam kampung, buah-buahan pun dia jual sekali tapi dalam skala runcitlah. Dua hari sebelum raya haji aku ada beli 10 ekor ayam kampung. Dengan dia ni murah je harganya. RM12 bagi 1kg. Tempat lain palling murah RM13 1kg. Ada yang jual sampai RM19 1kg. Masa beli ayam tu aku nampak ada seekor lembu brahman kat tepi tempat dia berniaga. Aku tanyalah sapa punya. Dia kata dia punya untuk dibuat korban. Lembu brahman ni memang besar. Jenis yang belakangnya ada bonjol tu. Aku letak gambar kat bawah ni supaya hampa kenal macam mana rupa lembu brahman.

Lebih kurang macam inilah rupanya. Gambar ini aku google je.
Aku tanya lagi kongsi berapa orang. Jawapan dia tu yang membuat aku terkejut. Kalau kita biasa kongsi 7 bahagian tapi dia ni tak dak kongsi-kongsi punya. Seekor lembu tu dia korban sorang-sorang dia je. Bukan itu sahaja, ada lagi yang buat aku terkejut. Dia kata tahun ni dia korban 2 ekor lembu brahman. Lagi seekor dia buat kat kampung dia di Yangon. Satu sini, satu Yangon. Tahun depan katanya nak pi haji pulak. Mak aii kata hati aku banyaknya duit mamat ni. Muda lagi orangnya. Barangkali baru 30an. Muda lagi dari aku. Seekor lembu brahma tu harga dia dalam 7 ke 8 ribu ringgit. Kalau dua ekor dah dalam lingkungan RM15,000. 

Aku bukan terkejut sebab dia korban dua ekor lembu tanpa kongsi bahagian dengan sapa-sapa. Orang kaya ramai yang korban lebih banyak lembu lagi. Yang aku terkejut ialah mamat ni tak nampak macam orang berduit. Sekali tengok perniagaan dia macam kais pagi makan pagi je. Berniaga pun biasa pakai kain pelikat. Meniaga pula kecik-kecik aje. Selalu juga kena angkut dengan DBKL. Bukan berniaga ada lesen pun. Kalau diangkut barang-barang perniagaan dia orang oleh DBKL meloponglah dia orang tengok. Tapi walaupun dalam keadaan macam tu rupanya dia orang ni berniaga masyuuk boleh tahan juga sampaikan boleh korban lembu tanpa perlu kongsi bahagian. 

Itulah aku duk fikir balik, sebenarnya orang asing yang datang ke negara kita ni dia orang nampak peluang yang terhidang untuk cari makan. Kita sendiri tak nampak. Kadang-kadang kita nampak tapi barangkali kita ada sifat segan. Atau juga kita tak sanggup buat kerja yang nampak kotor sikit. Kalau anak muda sekarang ni mana mahu dia orang buat kerja berat tambah lagi yang kotor sikit. Bukan langsung tak ada yang nak buat cuma yang sanggup tu sikit saja. Lama-lama nanti ekonomi kita habis dikuasai oleh dia orang. Sekarang ni pun dah macam tu. Masa depan lagilah teruk nampaknya. Kalau di Pasar Borong Kuala Lumpur, orang Cina beli sayur secara borong dari peniaga Burma, bukan orang Burma beli sayur dari pemborong Cina, memang selalu aku tengok. Orang Melayu memang tak ada yang berniaga di sana. Orang Indonesia ada. Kalau di Pasar Borong Selayang ada jugak peniaga Melayu walaupun jumlahnya boleh dikira dengan jari tangan je.

Bukan peniaga Myanmar sahaja yang ramai. Warga Bangladesh pun banyak. Sampaikan aku boleh kenal sayur-sayuran dari Bangladesh - sim, potul, kosu, jali, loti, kokrel dan macam-macam lagi. Pendapatan bersih dia orang sebulan dalam lingkungan RM5,000. Itu dia orang berniaga selama 10 jam dengan tapak pernigaan disewa dari tauke tah Melayu atau Cina, wallahualam. Jangan lupa incom tax tak kena. Untungnya dia orang. Kita kerja makan gaji walaupun waktu kerja tak sampai 10 jam tapi kena menghadap jem pegi dan balik kerja tetap kena bayar income tax. Kalau tak bayar nanti kena ligan sampai ke rumah....haha. Sebenarnya kita boleh belajar banyak perkara dari orang asing yang datang ke negara kita. Usaha tangga kejayaan. Di mana ada usaha di situ ada jalannya. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. Kalau ada masa nanti aku sambung lagi cerita ini di lain entri.

Wednesday, 14 October 2015

Resepi Siakap Sweet Sour

Kalau masak stim, memang ikan siakap pilihan ku. Ikan lain kalau dimasak stim kurang sikit sedapnya berbanding siakap. Masak tiga rasa pun best jugak. Hari ini aku teringin nak makan siakap sweet sour. Dah berhari-hari sebenarnya aku mengidam nak makan siakap masam manis cuma masa tak mengizinkan aku ke dapur. Kalau makan kat luar tak puas pulak rasanya. Lagipun kalau ikut lidah aku, siakap sweet sour yang aku masak di ruma lagi sedap.......hahaha masuk bakul angkat sendiri. Sebenarnya setiap kali aku masak siakap sweet sour, resepi inilah yang selalu aku gunakan. Dah bertahun-tahun aku setia dengan resepi ini. Dapat dari tenet jugak tapi sebab dah bertahun punya cerita, macam biasa di mana aku dapat aku pun dah lupa. Tak dapat nak bagi kredit kepada tuan punya yang asal. Resepi ini jugak aku dah tokok tambah untuk sesuaikan dengan selera aku. Mudah-mudahan tuan punya asal resepi mendapat pahala yang berterusan atas ilmu bermanfaat yang beliau turunkan. Insya Allah.

Siakap berat lebih kurang 800gram dah siap disiang dan diasamkan.
Setelah digaramkan kemudian dilumurkan dengan cili boh dan tepung jagung. Ada 2 potong siakap dalam peti ais. Aku campurkan sekali. Kalau tak, entah bila pula nak dimasak.
Tomato, bawang besar, cili merah, bawang putih, halia, nenas dan kubis bunga.
Yang oren tu ialah lobak merah dipotong dadu. Potongan cili, halia, bawang besar dan bawang putih boleh dicampur sekali.
Tomato, kubis bunga dan nenas dicampurkan sekali dalam satu bekas.
Siakap yang telah siap digoreng.
Siram dengan kuahnya kemudian taburkan dengan daun ketumbar atau daun sup atau daun bawang untuk hiasan. Malangnya aku terlupa nak beli daun-daun tu jadi tak adalah hiasan untuk siakap sweet sour aku ni...haha

Okay, dah tengok gambar sekarang kita terjah resepi lengkap serta cara-caranya;

Resepi Siakap Sweet Sour

Bahan-bahan
1 ekor siakap saiz sederhana cuci bersih dah kelarkan
1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
Sepotong nenas potong dadu
1 biji tomato potong dadu
1 inci halia dicincang
2 biji cili merah dibuang biji kemudian potong dadu
3 sudu besar cili boh atau cili kisar
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung 
1 sudu kecil cukup rasa maggi
garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk menggoreng dan menumis
daun bawang atau daun sup atau daun ketumbar untuk hiasan (potong dan tabur atas hidangan)
optional (kalau anda suka sayur bolehlah tambah bahan berikut);
sedikit lobak merah potong dadu
sedikit kubis bunga potong kecil

Cara
Siang ikan dan dibersihkan. Tos sekejap kemudian gaul dengan garam. Selepas itu lumurkan dengan 1 sudu kecil tepung jagung dan diikuti pula oleh 1 sudu besar cili boh (baki lagi 2 sudu besar cili boh asingkan untuk ditumis nanti). Tepung jagung ini tujuannya ialah untuk bagi ikan yang digoreng jadi keras (bukan liat ye) supaya ikan tak patah masa di goreng dan diangkat. Masa dihidang pun ikan akan nampak mantap.

Siap lumur semua bahan tadi, panaskan minyak gorenglah ikan tu macam biasa. Kalau kat kedai tomyam biasa dia orang goreng deep fry. Kalau kita di rumah gorenglah macam biasa. Bila sebelah dah masak, terbalikkan ke sebelah yang satu lagi. Masa inilah kadang-kadang ikan patah dan hancur sikit. Ikan dah masak, padam api, angkat dan letak dalam pinggan besar.

Ceduk minyak dalam kuali dan tinggalkan sikit untuk menumis. Dalam 4 sudu besar macam tu. Hidupkan api semula kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah. Bila bawang agak layu masukkan baki 2 sudu besar cili boh. Tumis hingga pecah minyak. Kemudian tambahkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Tambah air sikit. Masukkan juga lobak merah (jika ada). Gaul rata.

Bila menggelegak masukkan tomato, nenas dan kubis bunga (jika ada). Kalau pekat sangat tambah sikit air. Bila menggelegak semula perasakan dengan garam dan gula. Tambah juga serbuk cukup rasa. Bila dah dapat rasa dan kepekatan kuah yang diingini bolehlah matikan api dan siram kuah atas ikan yang siap digoreng tadi.

Sebelum dihidang, taburkan dengan daun sup atau daun bawang atau daun ketumbar tapi aku paling suka kalau tabur dengan daun ketumbar sebab daun ketumbar memberi aroma yang kuat. Daun ketumbar ini pulak kalau nak aroma yang kuat kena gunakan daun ketumbar import. Ketumbar tempatan kurang aromanya. 

P/S - Ketumbar import dengan tempatan bezanya ialah saiz. Ketumbar import saiz kecil sedangkan ketumbar tempatan saiz besar. Harga daun ketumbar import lebih mahal dari daun ketumbar tempatan. 1kg daun ketumbar import pada masa ini ialah RM25-RM30 sedangkan daun ketumbar tempatan hanya RM7-RM10 sekilogram. Kalau guna semata-mata untuk hiasan hidangan ini memadai beli sedikit. Saya biasa beli RM2 untuk ketumbar import. Itu pun dah kira banyak. Daun ketumbar kalau masukkan dalam masakan kari lagi naik aromanya. Sebab itulah kari kedai mamak dia orang masukkan daun ketumbar.

Friday, 9 October 2015

Nostalgia membesar di kampung - Part 1

Dulu waktu aku budak-budak, aku selalu berkubang dalam parit. Parit kalau kat kampung aku bukannya parit macam kat bandar sekarang ni. Parit kat kampung aku dulu-dulu sangat bersih. Orang buat mandi manda dan membasuh pakaian. Air parit ni digunakan untuk mengairi sawah padi. Kalau sebut tali air mungkin baru orang bandar faham. Kalau di kampung aku dulu tali air tu kami panggil parit. Bila musim menuai, air parit ni beransur-ansur kering jadi banyaklah aktiviti menggagau ikan. Dulu dulu nak makan ikan boleh cari sendiri. Tak payah beli. Nak menggagau, menjala, memukat, memancing, menimba, menangkul, mengelau, menaut semuanya boleh. Paling aku suka bila waktu menimba. Bila tiba musim tali air kering, banyak ikan mencari kawasan yang lebih dalam. Biasanya ikan-ikan ini akan masuk ke telaga yang bersambung dengan parit. Kesempatan ini akan ambil oleh tuan tanah untuk menimba telaganya. Air dalam telaga tersebut akan ditimba keluar sikit-sikit hingga akhirnya telaga tersebut kering. Masa inilah rasa betul-betul seronok bila nampak bermacam jenis ikan terkodek-kodek dalam lopak air. Aku kalau tengok orang menimba telaga, masa nampak ikan terkodek-kodek rasa macam nak melompat turun tangkap ikan-ikan tu. 

Aku sebenarnya baru balik kampung dua tiga minggu lepas. Itulah aku teringat pasal kisah zaman kanak-kanak aku di kampung dulu. Kampung aku ni dah lama aku tinggalkan. Umur aku 13 tahun aku dah melangkah keluar dari kampung. Dari umur 13 tahun sampailah sekarang kekerapan aku balik kampung boleh dikira dengan jari. Mana taknya, adik beradik semuanya merantau. Mak dan ayah aku pulak dah meninggal masa umur aku 9 dan 10 tahun. Kalau aku balik kampung, aku tak tahu ke mana nak nak dituju.

Zaman kanak-kanak adalah zaman nostalgia bagi semua orang. Bagi mereka yang membesar di kampung, zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling indah sekali. Kenangannya tak mungkin dilupakan. Apatah lagi sekarang ini kampung dah tak macam dulu. Kenangan dulu hanya berlaku sekali sahaja. Tak mungkin akan berulang lagi. Nyata, masa lalu (usia) sangat jauh menghindar sedangkan yang semakin mendekati kita adalah kematian. Zaman kanak-kanak kita tak perlu memikir masalah hidup. Tiap-tiap kali bangun pagi fikir hari ni nak main apa. Budak lelaki kerjanya melastik burung. Kadang-kadang batu yang dijadikan peluru lastik singgah atas bumbung rumah orang. Kalau aku pulak bila tiba musim air sawah kering aku akan mengendap dalam rumpunan sawah padi cari lopak-lopak ikan. Musim kering biasanya ikan akan berkumpul di kawasan lopak yang ada sedikit air. Kalau terjumpa lopak macam ni seronok sungguh. Ada ikan keli, haruan sepat dan puyu. Kadang-kadang ular air pun ada.

Kalau bosan cari ikan boleh panjat pokok mempelam. Musim kering kalau datang sama dengan musim mempelam berbuah memang seronok. Panjat pokok mempelam boleh capai saja mana-mana buah yang masak sekeliling kita. Cari buah yang paling masak ranum. Ambil dari tangkainya terus makan je dengan kulit-kulitnya sekali. Sambil makan mempelam sambil bersandar di dahan pokok. Siap menyanyi-nyani lagi. Dari atas pokok boleh nampak pemandangan sawah padi yang menguning menandakan padi sedang masak. Ada petak-petak sawah yang sedang dituai oleh sekumpulan makcik. Dulu tuai padi guna tangan. Dipanggil mengerat. Satu rumpun sekali kerat. Kerat 3-4 rumpun padi kemudian letakkan pada satu tempat yang mengandungi 20-30 rumpun padi yang kemudiannya akan diambil oleh pakcik-pakcik yang akan meleraikan padi dari tangkainya melalui proses "memukul". Padi ini akan dihempaskan didalam tong kayu yang ada layar di tepinya supaya padi yang dihempas tidak terkeluar dari tong tersebut.

Macam inilah gayanya orang dulu meleraikan padi dari tangkainya. Dipanggil "memukul". Ini nostalgia zaman silam. Sekarang tak akan jumpa lagi macam ni kecuali di muzium.  Gambar ini saya ambil dari google. Bukan hak milik saya.

Kedamaian kampung dengan sawah yang menguning. Gambar hiasan dari google.

Musim menuai kalau tak main layang-layang memang tak sah. Sebelah petang selalunya angin cukup kuat. Layang-layang buat sendiri. Cari pokok buluh tua. Tebang sebatang. Belah dan raut secukup rasa untuk buat tulang layang-layang. Kena timbang dulu. Bukan timbang pakai alat timbang. Timbang dengan benang je supaya bahagian kiri dan kanan buluh yang nak dijadikan sayap sama berat. Kalau tak sama berat nanti layang-layang terbang mereng sebelah. Kalau nasib tak baik langsung tak boleh terbang. Buat layang-layang pun ada kemahirannya yang perlu dipelajari. Begitulah juga dalam kehidupan kita. Nak sesuatu kena usaha. Kepandaian datang dari pengalaman dan ilmu yang dituntut. Dah pandai kena pulak praktiskan supaya ilmu tersebut tidak hilang oleh sifat lupa kita. Oleh kerana hari ini hari jumaat, terasa masanya suntuk sekali. Celoteh aku berhenti setakat ini dulu. Ada masa aku sambung lagi cerita dalam part II insya Allah.

Kulaan Niring Napa Takurihing

Maaf la. Tajuk hari ini lain. Isi ceritanya pulak lain. Saja aku nak mengena engkau orang......hehe. Hari ini sebenarnya aku nak cerita pasal petua. Ini bukan petua orang dulu-dulu. Ini petua dari aku sendiri. Petua orang sekarang, bukan orang dulu-dulu bahari kala. Mesti ada yang tak paham maksud bahari kala tu kan. Kalau faham maksud "kulaan niring napa takurihing", anda fahamlah maksud bahari kala. Kedua-dua ayat itu adalah dari bahasa Banjar. Tah kenapa hari ini aku teringat pulak nak selitkan perkataan Banjar dalam entri merapu aku ni. Barangkali aku rindu masa zaman kanak-kanak dulu. Aku nak menyimpang dulu dari tajuk asal pasal petua. Sembang dulu pasal bahasa Banjar. Masa zaman aku kanak-kanak dulu, percakapan harian aku memang 100% bahasa Banjar. Kalau orang Melayu dengar haram sepatah dia orang tak paham. Memang Banjar pekat sungguh. Aku pun tak tahu sama ada arwah mak atau arwah ayah aku yang Banjar atau kedua-dua sekali Banjar. Bila umur aku meningkat dewasa dan melangkah keluar dari kampung halaman sedikit demi sedikit hilang kemahiran berbahasa Banjar. Sampai sekarang ni kalau aku dengar orang Banjar sersembang ada sikit-sikit yang aku faham tapi banyak pulak yang aku tak faham....haha. Begitulah, zaman berubah, orang pun turut berubah.

Kalau siapa yang tak faham maksud "kulaan niring napa takurihing" mai sini aku terjemahkan. Yang ni aku faham la sikit-sikit. Kalau dalam bahasa Melayu maksudnya ialah "saudara tengok kenapa tersenyum". Kulaan tu maksudnya saudara. Niring maksudnya tengok/lihat. Napa maksudnya kenapa. Takurihing maksudnya senyum/sengih. Tadi aku ada sebut bahari kala. Maksud bahari kala ialah masa yang dah lama dulu atau senang cakap masa dululah. Betul ke tak terjemahan aku tu ye? Kalau ada orang Banjar yang baca sila betulkan ye jika ada kesilapan.

Okay sekarang balik kepada petua yang aku nak sampaikan tadi. Mesti anda pernah alami masalah susah buang air besar sebab najis keras dan kering. Orang kata kalau najis keras kena banyakkan minum air kosong. Banyakkan juga makan buah-buahan selain kena selalu bersenam. Aku kalau buang air besar jadi masalah macam tu penyelesaiannya ialah cari makanan macam gambar kat bawah ni;

Kacang Parang "seedless"
Aku akan makan Kacang Parang. Biasa yang jual kat kedai ada kulit sekali. Aku suka yang tak berkulit. Senang nak ngap. Kacang ni murah je. Kalau satu paket macam gambar kat atas tu baru RM2.40  kat 99 Speedmart. Sebenarnya apa jenis kekacang pun memang boleh "peroi"kan bahan buangan kita. Cuma kalau sesiapa ada penyakit gout terpaksalah cari alternatif lain. Kacang untuk pesakit gout macam api dengan minyaklah. Kalau berjumpa bertambah marak jadinya. Petua aku ni dari pengalaman aku sendiri. Sebab tu lah aku kata petua orang zaman kini bukan petua bahari kala. 

Kalau anda makan kacang sebelah malam dalam pukul 8 gitu, esok paginya anda buang air besar seawal pukul 5 dah boleh alami kesannya. Perjalanan lancar tanpa tersangkut-sangkut lagi....haha. Agaknya najis dah jadi peroi sebab kacang yang kita kunyah tu tidak hancur 100% macam tepung. Sebaliknya ia menjadi butir-butir kecil macam kacang tanah yang ditumbuk. Butir-butir kecil inilah yang membuatkan najis menjadi peroi. Jadi kepada sesiapa yang ada masalah susah buang air besar disebabkan najis keras dan kering bolehlah amalkan petua ini, insya Allah anda akan dapat hasil yang memuaskan. Semoga perkongsian ini bermanafaat kepada semua.

Friday, 11 September 2015

Daging Masak Kicap Lada Hitam

Seminggu dua ni aku teringin nak makan daging masak kicap dengan nasi beras basmati. Masakan daging kalau nak sedap kena kawankan dia dengan nasi beras basmati. Jika gu kan dengan nasi beras biasa kenakannya kurang terserlah. Ini dari rasa lidah akulah, kalau lidah orang lain aku tak pasti pulak. Hari ini aku cuti jadi dapatlah aku merealisasikan impian ku. Sebelum pergi pasar aku jenguk dulu periuk nasi ada isi ke tidak. Memang cantik sangat sebab periuk kosong. Rancangan aku lepas balik dari pasar bolehlah aku tanak beras basmati. Berasnya belum ada lagi, baru nak keluar pergi beli bersama dengan daging dan bahan-bahan untuk masak kicap sekali.

Barang dapur sekarang ni mahal berbanding dengan sebulan dua yang lalu. Aku beli daging sejuk beku je nombor 63. Yang ni lebih kurang no 61 dan 62 cuma no 63 ni lembut sikit tapi taklah selembut "loin" atau kita sebut batang pinang. Daging mahal sekarang ni. Berbanding bulan lepas dah lebih kurang seringgit naiknya. Sebabnya daging import ni dibayar dengan USD. Kita kena bayar lebih untuk mendapatkan barangan yang sama disebabkan Ringgit yang melemah berbanding USD. Nampaknya kenaikan harga barang tak akan berhenti selagi Ringgit tidak mengukuh berbanding USD. Nampaknya kita rakyat biasalah yang menanggung banyak kesan buruk disebabkan penurunan nilai matawang Ringgit.

Aku beli daging tak sampai 1kg. Beras basmati pun aku beli. Konon balik nanti terus tanak la. Bila sampai kat rumah aku tengok nasi dah ditanak. Adik ipar aku balik rehat rupanya. Dia tanak beras biasa. Potong stim betullah. Terpaksalah aku guna skill aku masak nasi dengan dapur gas. Nasi yang adik ipar aku tanak tu esok boleh buat nasi goreng. Nasib baiklah aku ni serba boleh. Tak ada rotan, akar pun berguna juga. Dulu aku pun was-was juga nak masak nasi guna dapur gas. Tapi lama kelamaan dah jadi expert. Malah kalau tetamu datang tanpa diduga dan kita pula nak menjamu mereka makan nasi, kalau nak cepat, skill masak nasi guna dapur gas ni bolehlah di applykan. 

Kalau nak tunggu periuk nasi elektrik masak nasi tentulah ambil masa sikit. Cara masak nasi guna dapur gas ni senang je. Mula-mula basuh beras macam biasa lepas tu sukatlah air macam biasa juga. Sukatan air biasa tu ialah banyak air lebih kurang sama dengan banyak beras. Contohnya tinggi beras dalam periuk dari dasarnya ialah 2 inci maka air yang kita nak tambah ialah 2 inci juga tingginya. Dua inci air ini diukur bukan dari dasar periuk tapi dari atas permukaan beras hingga ke permukaan air. Untuk beras biasa kurangkan sikit kuantiti air tapi kalau beras basmati lebihkan sikit kuantiti air. Ini adalah kerana beras biasa banyak kanji sedangkan beras basmati kurang kanji.

Bila dah siap basuh anda letaklah periuk atas dapur gas dan hidupkan api. Kacau selalu supaya beras tak melekat di dasar periuk. Bila air semakin mengering, perlahankan sikit api supaya nasi tak melekat kat periuk sambil tu teruskan kacau. Bila air dah nampak betul-betul mengering, perlahankan api seminimum yang boleh kemudian tutup periuk. Biasa aku letakkan lesung batu atas tudung periuk tu supaya wap panas tak lepas keluar dari periuk. Lima minit lepas tu bolehlah padamkan api. Nasi pun dah masak. Bolehlah terus dihidang.

Tu dia, asalnya aku hanya nak tulis pasal daging masak kicap tapi dah melalut ke masak nasi pulak dah. Panjang betul intronya. Eloklah aku terus ke tujuan asal daripada melencong lebih jauh. Kalau anda masak daging masak kicap ini, harum bau masakannya semerbak satu rumah. Malahan sampai ke luar rumah pun boleh cium baunya. Naik selera makan orang yang mencium bau masakan ini. Aku pernah sekali masak dulu. Mak mertua aku balik dari mengaji. Dari simpang nak masuk rumah aku lagi dia dah tercium bau harum. Sampai rumah tengok-tengok menantu dia yang masak. Lagi satu aku nak bagi tahu, resepi ini bukanlah resepi aku sendiri. Aku ambil resepi ini dari internet. Kena pulak dengan selera aku. Nak bagi kredit kat tuan punya resepi asal aku dah lupa dari mana aku ambil sebab dah 3-4 tahun aku amalkan resepi ini. Maksudnya dah 3-4 tahun berlalu semenjak kali pertama aku cuba resepi ini. Resepi ini aku tokok tambah sikit ikut selera aku. Jom la tengok resepinya di bawah ni;

Daging Masak Kicap Lada Hitam 
















Bahan-bahan
500 gram daging
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 ulas bawang putih*
5 bji bawang merah*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 batang serai*
3 sudu makan cili boh atau cili kisar
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap masin
1 sudu makan kerisik
1 sudu makan lada hitam yang ditumbuk kasar
2 biji kentang potong ikut suka
1 biji bawang besar potong gelang
4 sudu minyak masak untuk menumis
2 sudu kecil serbuk cukup rasa Maggi
gula dan garam secukup rasa
sedikit daun ketumbar untuk hiasan

Cara
Daging potong slice kemudian basuh dan toskan. Kisar semua bahan yang bertanda * kemudian ambil separuh bahan kisar, 1 sudu makan kicap pekat dan separuh daripada 1 sudu makan lada hitam yang ditumbuk kasar tadi untuk digaulkan dengan daging. Perap selama 1 jam atau 30 minit.

Setelah siap diperap, panaskan minyak, tumis rempah empat sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih). Kemudian masukkan pula baki bahan kisar tadi. Bila dah naik bau masukkan cili boh. Tumis lama sikit hingga pecah minyak.

Setelah itu masukkan daging. Gaul rata dan biarkan sehingga daging berair dan nampak mengeras (lebih kurang 5 minit). Setelah itu tambahlah air semangkuk dua dan masaklah sehingga daging empuk.

Bila daging dah empuk masukkan baki 1 sudu kicap pekat,  baki setengah sudu makan lada hitam yang ditumbuk kasar, kicap masin dan kerisik, Gaul rata. Masukkan kentang. Gaul lagi bagi rata kesemuanya. Jika nak warna lebih gelap boleh tambahkan kicap pekat. Tambah air jika masakan agak kering.

Bila kentang dah agak lembut, perasakan dengan garam, gula dan serbuk cukup rasa Maggi. Last masukkan bawang besar yang dipotong gelang dan gaul rata. Matikan api setelah anda dapat kepekatan kuah yang anda kehendaki.

Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan semasa dihidang.