Wednesday 3 December 2014

Daun ceri untuk menurunkan kadar gula dalam darah

Kali ni aku nak bercerita pasal khasiat daun ceri Malaysia. Kalau ikut wikipedia nama tumbuhan ini ialah Kerukup Siam atau Ceri Kampung. Dulu-dulu aku tak tau khasiat daun ceri ni. Yang aku tau buahnya boleh dimakan. Masa kecil dulu aku suka kutip buah ceri yang masak ranum warna merah. Rasanya manis. Pokok ini banyak tumbuh meliar. Setakat ini belum pernah lagi aku jumpa orang sesaja tanam poko ceri untuk hiasan ke atau apa-apa tujuan lain. Yang pastinya pokok ni kalau tumbuh memang pembesarannya pantas. Kalau tumbuh belakang rumah dan kita biarkan, sekejap aje pokok ini dah merimbun.

Pokok ceri kampung
Ramai yang tahu dan ramai juga yang tak tahu. Daun ceri sangat berkesan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Caranya ialah dengan mengambil daun ceri tersebut kemudian rebus dengan air yang banyak dan renehkan sehingga airnya tinggal satu pertiga atau separuh. Minum air rebusan ini seperti anda minum teh waktu pagi dan petang. Jika tahap gula dalam darah anda tinggi anda boleh minum lebih banyak air rebusan daun ceri tersebut, mungkin dalam 3 ke 4 gelas sehari kemudian kurangkan secara bertahap. Jika minggu pertama anda minum dalam 4 gelas, minggu kedua anda kurangkan pengambilan kepada 3 gelas. Selalulah periksa tahap gula dalam darah anda kerana air  rebusan daun ceri sangat cepat dalam menurunkan kadar gula dalam darah. Jika anda terus minum tanpa memeriksa kadar gula dalaam darah anda dikhuatiri kadar gula dalam darah anda turun sehingga menjadi terlalu rendah.

Basuh bersih kemudian rebus bersama air yang banyak.
Kuantiti daun ceri bergantung kepada kepekatan "teh ceri" yang anda sanggup minum kerana makin pekat teh ini maka makin pahitlah ia tapi dari pengalaman aku untuk 6 liter air masukkanlah lebih kurang 200 ke 300 helai daun.

Biar menggelegak dan mereneh hingga air tinggal 1/3 shj.
Daun ceri ini boleh direbus dalam kuantiti yang banyak kemudian botolkan guna bekas air mineral dan boleh disimpan dalam peti sejuk. Air rebusan daun ceri memang pahit tapi pada aku pahit lagi rasa peria. Kiranya walaupun pahit tapi taklah pahit sangat.

Minum airnya kemudian makan limau untuk hilangkan pahit serta merta.
Petua untuk hilangkan rasa pahit pada lidah selepas minum air rebusan daun ceri ialah dengan makan oren sunkist. Rasa pahit pada lidah akan hilang serta merta. Tambahan pula pesakit kencing manis atau diabetes atau sesiapa yang mempunyai kadar gula yang tinggi dalam darah sangat-sangat digalakkan makan apa saja buah jenis limau terutamanya limau Tambun atau Pomelo.

Limau Bali atau limau Tambun sangat baik untuk pesakit diabetes.
Selain dari direbus, daun ceri juga boleh dikisar dengan mencampurkan sedikit air menjadi jus daun ceri. Tapi rasanya pahit dan payau.  Ada juga yang menjemur daun ceri hingga kering kemudian dihancurkan dan bila hendak diminum barulah dibancuh dengan air panas menjadi seperti teh.

6 comments:

  1. Adakah ini pengalaamn en sndiri ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dari pengalaman saya sendiri. terjadi pada saya 2014. Alhamdulillah selepas 6 bulan kandungan gula saya turun hingga bacaan 3. tapi selain dari amal minum air rebusan daun ceri ini, ada lagi perkara lain yg saya buat iaitu berhenti sepenuhnya pengambilan air bergula. minum air masak atau air mineral semata-mata. saya juga berhenti makan nasi. saya gantikan nasi dengan capati atau tosei. selain dari capati dan tosei, saya makan roti gardenia yang bungkus hijau (wholemeal). utk bagi ada rasa saya sapukan dgn sedikit peanut butter. sekali sekala saya jogging. boleh juga buat senaman lain asalkan keluar peluh dan setiap kali lakukan senaman mesti tidak kurang dari 30 minit. kombinasi amalan perkara2 yg saya sebutkan tadi bkn shj blh menurunkan kandungan gula dlm darah malah kolestrol juga turun sekali.

      Delete
  2. Wauuu sy nk amal amal lah..
    Thanks info
    👍👍👍👍

    ReplyDelete
  3. Asmlkm Tuan, jika direbus dlm quantiti yg byk..brp lama air rebusan tersebut boleh disimpan (dlm peti sejuk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,
      Masa saya selalu buat dulu biasanya saya buat dalam 3 ke 4.5 liter (2 atau 3 botol air mineral size 1.5 liter).
      Untuk kuantiti begini saya habiskan dlm masa 1 atau 2 minggu. Dalam masa 2 minggu air tersebut masih elok. Cuma kena sentiasa simpan dalam peti ais.

      Delete